Friday 8 February 2013

Kerana Cinta



KERANA CINTA 1

Abang nak jumpa tak dengan kawan-kawan Lia? Nanti Lia nak jumpa diorang next week. Kalau abang nak join, jom ar kita gi sekali. Boleh abang jumpa dengan ‘dia’.” Ujar Kamalia sambil tersenyum.

“Hah… Kawan Lia yang mana ni? Abang kenal ke dengan ‘dia’ tu?” Tanya Rayyan sambil mengerutkan dahi. Pelik betul dia dengan sikap adik angkatnya kali ini. Selalunya, jangan kata nak jumpa. Kenal dengan kawan-kawan dia pun tak boleh.

“Hahaha… Nak kata tak kenal pun tak boleh juga. Sebab… abang pernah kenal dengan dia!” jawab Kamalia.

‘Siapa ek? Bila pula aku kenal dengan kawan-kawan adik angkat aku ni? Setahu aku memang seorang kawan dia pun aku tak kenal.’ Getus hati Rayyan.

“Abang, sebelum abang kenal dengan Lia. Abang kenal dengan dia dulu. Abang pernah kawan dengan dia.  Sembang dekat telefon pun pernah. Takkan abang dah tak ingat kot?” Sambung Lia lagi.

“Eh, ye ke! Sorry la dik. Abang memang tak ingat. Adik bagitau je la sapa orang tu. Malas abang nak fikir-fikir ni.” Kata Rayyan. Suasana di restoran yang agak sesak tu sedikit mengganggu ketenteraman jiwa dan akalnya untuk berfikir.

“Abang… Dia je la satu-satunya kawan yang pernah Lia cerita dekat abang. Nama dia Marsya! Kawan Lia masa dekat sekolah lama dulu.” Terang Lia lagi.

“Oh, yang mata sepet tu ek?” Duga Rayyan. Ada sedikit keriangan pada wajah itu.

“Ya. Pandai pun abang. Tapi, abang pernah jumpa dia ke? Macam mana abang tahu? Setahu Lia, abang tak pernah jumpa dia pun.” Soal Kamalia pelik.

“Hrm… Abang ada tengok gambar dia dulu sebelum abang bertunang!” Terang Rayyan jujur. Kamalia tergamam mendengar kata-kata Rayyan. Betul ke?

“Tapi, abang dah terlambat! Waktu tu abang dah berjanji nak bertunang dengan Kak Liza. Tambahan pula, abang tengok dia tu macam tak berminat je dengan abang. Sebab tu ar abang teruskan juga pertunangan abang dengan Kak Liza.”

“Abang suka dekat Sya ke?” Tanya Kamalia tiba-tiba. Namun, persoalan tersebut dipandang sepi tanpa sebarang jawapan dari mulut Rayyan sendiri.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selepas seminggu berlalu, di sebuah restoran…

Rayyan dan Lutfi masih setia menanti Kamalia di tempat yang telah dijanjikan. Lutfi hanya menjamah makanan tanpa sebarang rungutan namun berbeza pula bagi Rayyan. Dia seolah-olah tidak senang duduk. Asyik tengok jam je kerjanya! Macam dah tak ada kerja lain nak kena buat agaknya.

“Apasal dengan kau ni? Gelabah je aku tengok. Relaks ar wei.” Ujar Lutfi sambil mengunyah. Cool je wajah dia seolah-olah dia tak terlibat pun dalam masalah ni sedangkan dia la yang telah mengembangkan cerita ini dengan memberi nombor  telefon Marsya kepada Rayyan. Hehehe… Baikkan?

“Aku takut la. Macam mana kalau Marsya tu tak jadi datang. Sia-sia je kita turun padang tau.” Adu Rayyan. “Dan… Macam mana pula kalau tunang aku tahu. Mati aku wei!” sambungnya lagi.

“Hahaha… Bukan kita kay yang beriya-iya. Kau je! Aku just peneman memandangkan aku kawan terbaik kau. Pasal Liza, tahu la aku nak handle semua tu. Lagipun, just kita berdua je kan yang tahu tentang hal ni. Kalau salah seorang tak bocorkan rahsia, tak ada sapa pun yang tau. Kau jangan risau la. Kau kata kau nak jumpa je dengan Marsya tu, bukannya nak kahwin dengan dia pun. Apa da… buat cuak je.” kata Lutfi.

“Hrm… Mudah-mudahan la wei!” jawab Rayyan sambil menyisip minuman yang masih berbaki lebih daripada separuh di dalam gelas minumannya.



Setengah jam kemudian…

“As-sa-la-mualai-kum…” Sampuk satu suara dari arah belakang. Macam dekat sekolah je bunyi salam dia tu. Satu-satu dia cakap. Nasib baik tak kuat. Kalau tak malu je!

“Waalaikumsalam warahhh...” Jawab Rayyan separuh sebelum dihabiskan oleh Lutfi sambil menggeleng. Macam dah faham sangat dengan kerenah kawan dia yang player tak hengat tu. Haish… Pantang nampak perempuan cun. Kamalia pula hanya tersengih memandang Rayyan manakala Marsya hanya tersenyum sambil menundukkan wajahnya.

“Ehem… Ehem… Behave ar skit. Anak dara orang tu. Tak boleh tenung lama-lama. Zina!” sapa satu suara lain dari belakang Kamalia. Kamalia apalagi terus dia bantai gelak dekat situ, Marsya pula dah macam model opera cina yang terlajak pakai blusher je gayanya. Argh… Betul ke ayat ni? Bantai je la…

       Lutfi cuba menyembunyikan senyum bila mendengar suara itu. Kenal sangat dah. Hehehe… Walaupun begitu, dia memang kagum dengan that girl sebab pandai sangat berlakon. Selamba je riak muka dia. ‘Harap-harap apa yang bakal diorang berdua lakonkan ni tak memberi effect la dekat diorang punya special relationship. Sayang do… Bukan apa, takut juga kot-kot apa yang dilakonkan jadi kenyataan. Hisy… Nauzubillah.’ bisik hatinya.

“Hah… Inilah otai kitorang dekat sekolah! Dalam kelas, dialah yang paling honaq sekali. Tak padan dengan jawatan yang disandang. Tapi, itu dulu la sebab dia pindah masa form 4. Sekarang baru dapat  jumpa balik.” Terang Kamilia. ‘Minah’ tu pula… Selamba badak je tarik kerusi dan terus duduk.

“Aduyai… Penatnya. Astaghfirullah al-azim.” Ucap gadis itu perlahan sambil membetulkan kedudukan cermin matanya. Lutfi cuma memerhati gelagat gadis itu dalam diam. Rayyan apatah lagi sebab dalam kalangan tiga orang gadis yang berdiri di hadapannya kini. ‘Minah’ tu yang paling cun.

“Erm…” gumam Rayyan. Dia rasa macam pernah tengok je muka gadis ni.

“Nama dia Harisa, Abang Rayyan.” Kata Kamilia memperkenalkan gadis itu. Hisy, dah la selamba je duduk. Dia boleh buat balik perangai anti dia tu. Adus…

So… Awak ni la yang menyamar jadi kakak angkat Marsya, kan?” Tanya Rayyan tiba-tiba. Dia sudah ingat tentang gadis itu sepenuhnya. Gadis itu pula mengerutkan dahinya dengan muka blur. ‘Pergh… Ayat tak boleh blah. Nak cari pasal ke apa dia ni. Hrm… So, dia nilah abang angkat tersayang Kamilia ni! Okey, fine.’ Getus hatinya.

“Ek… Hrm, betullah kot! Apasal? Tak puas hati?” jawab Harisa, masih dalam nada yang selamba namun perlahan.

“Selamat berjumpa! Saya fikir bahawa saya cuma mampu mendengar suara merdu awak hanya melalui corong telefon sahaja. Tak sangka kita akan bertemu empat mata hari inikan.” Kata Rayyan sambil tersenyum menggoda. ‘Killer smile ar tu. Tapi, sorry ar bro. Aku tak layan ar mamat Romeo yang jelas depan mata cuba menggoda orang lain walaupun dah ada yang disayangi.’ Bisik hati Harisa lagi.

“Ngee… Aku datang sini bukan nak jumpa kau. Aku nak jumpa kawan-kawan aku. Aku tak kenal kau. SoSorry la bro.” jawab Harisa selamba. Lutfi pula masih dalam keadaan cool. Tak rasa diorang ni macam pelik ke? Hrm, tak over sangat ke macam ni?

Rayyan cuba untuk mengawal reaksi mukanya. Pertama kali ditolak. Eh, bukanlah! Perempuan ni dah banyak kali tolak aku. Lupa pula kata Harisa ni memang dia kenal. ‘Aduyai… kenapa ar kau ni tetap tak ada perasaan walaupun dah jumpa aku secara real? Tak cukup handsome ke? Argh… Dulu tu boleh la terima lagi tapi lepas tengok muka pun dia tak minat. Memang keras hati betullah perempuan ni!’

Mereka berbual seperti biasa seolah-olah Harisa langsung tak wujud di antara mereka. Semua ni kerana dia diam je selepas dengan selambanya ‘membidas’ Rayyan. Dia lebih banyak mendengar dari bercakap.

Pada ketika itulah dia mula mengenali erti cinta yang sebenar-benarnya. Walaupun cintanya ditolak secara terang-terangan oleh Harisa, namun baru dia menyedari bahawa dia mencintai orang yang selalu berada di hadapannya, iaitu Marsya. Perkara ini hanya diketahui oleh Lutfi dan Kamalia sahaja. Itupun setelah terkantoi dengan diorang ni. Apabila dia sudah melangkah ke alam rumah tangga, dia cuba untuk melupakan perasaan itu walaupun payah semata-mata ingin menyelamatkan perkahwinannya. Tapi, kita hanya mampu merancang dan hanya Allah SWT jualah yang menentukan. Perkahwinannya dengan Liza tidak seperti yang diharapkan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pesanan Penaja...
Hrm... Seyes memang tak thu nak kata apa but klau ada benda yg lez, dialu-alukan utk komen.
Hehehe...




Love, Live, Learn

Friday 1 February 2013

Ujian

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Dah selamat sampai rumah dah!
Setelah berperang dengan kertas-kertas ujian pertengahan semester selama tiga hari ni.
  • Science Computer
  • English
  • Biology
  • Mathematics Science
  • Chemistry 
*English tu tak kira dalam pointer tau... Tapi untuk dua2 sem ni memang wajib la utk kitorang sit exam dia.

~berperang la sangat kan! Hehehe... Berperang yg menggunakan dakwat pen. Bajet macam study sangat. Ingat2 ye... masa ni, luck korang dekat tangan yang menulis tu. Kalau bijak tapi silap konsep, memang 'cemerlang' la markah korang. So, semoga berusaha untuk masa depan! Masa dekat dunia ni... Buatlah yg terbaik. Sambil2 tu, beramal utk akhirat. Jangan buang akhirat terus...

 Dah macam2 dah jadi sepanjang minggu dekat nak exam ni. Dan, memang teruji jugalah.
Tapi tak terduga keimanan kita kalau tak kena uji macam tu.
Bila kena uji ni la... baru kita tau yang iman tu tak terletak pada mulut sahaja.
Tahu tak...
Yang paling best, aku balik tak bawa charger hphone. Huhuhu.
Dah la aku seorang je pengguna tegar Sony dalam family aku. Aduyai...
Tak caj hphone la aku selama 2 minggu ni.

Ada selingan sikit... Jom kita take a look jap!
Jawapan ada pada diri sendiri....

#google




Love, Live, Learn

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba