Friday 24 May 2013

Kerana Cinta


KERANA CINTA 2

Selepas beberapa tahun berlalu….
Ouch…!!!” jerit Rayyan. ‘Aduh, lumpuh aku seminggu macam ni!’ getus hatinya.
        “Maafkan saya. Saya tak sengaja langgar.” Ujar seorang kanak-kanak. Wajahnya redup seolah-olah berada dalam kesusahan. Rayyan yang pada awalnya sedikit bengang dengan perlanggaran tersebut terus tersenyum untuk menyatakan yang dia telah pun memaafkan kanak-kanak tersebut.

       “Mikhail…” panggil satu suara dari arah belakang Rayyan. Kanak-kanak tersebut terus berlari mendapatkan seseorang yang berada di belakangnya. Rayyan pula cuba untuk bangun dari terus terduduk di situ. Lantai tempat beli belah pun dia boleh landing elok punya. Malu je orang tengok.

     “Mama.” Sahut kanak-kanak itu perlahan. Rayyan terus mengalihkan badannya untuk memandang siapakah gerangan yang dipanggil ‘mama’ oleh kanak-kanak tersebut walaupun badannya masih sengal-sengal akibat terjatuh.

        “Masya-Allah…” ujar Rayyan perlahan. Dia kenal wanita itu. Dia masih ingat dengan wajah itu. Dia masih ingat dengan renungan itu. Adakah dia…?

        “Maafkan saya! Anak saya terlanggar awak tadi. Awak tak apa-apa ke?” kata wanita itu yang sedikit resah setelah mendapatkan Rayyan. Rayyan pula hanya menggeleng. Dia cuba untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya kini. Tak mungkin! Wanita itu masih lagi memohon maaf kepadanya walaupun dia telah menerima kemaafan itu.

     “Marsya…” panggil Rayyan perlahan namun masih dapat didengari oleh wanita itu. Kelihatan dahinya sedikit berkerut memandang wajah Rayyan. Dia seakan-akan pernah lihat wajah itu. Tiba-tiba, bibirnya mengukirkan sebuah senyuman. Rayyan terpaku!

        “Abang angkat Lia, kan? Kalau tak silap… Rayyan! Betul tak?” duga wanita itu. Rayyan hanya menjawab dengan anggukan. Dia kelu untuk berkata-kata.



Suasana yang sunyi tadi berubah menjadi tegang. Rayyan tidak tahu macam mana lagi untuk menasihati isterinya. Dia telah mencuba namun semua usahanya hanya sia-sia. Liza tetap juga dengan keputusannya. Langsung tidak mahu memberi peluang terhadap ikatan perkahwinan mereka.

         “Saya nak awak lepaskan saya dari ikatan ni!” ujar Liza tegas. Liza terus mengubah cara percakapannya dengan Rayyan semenjak rumah tangga mereka bermasalah.

      “Apa awak cakap ni Liza. Awak dah habis fikir ke? Cuba bawa mengucap. Jangan bertindak melulu macam ni! Awak sedar tak yang awak sedang dera saya, seksa saya. Awak ingat saya tak ada perasaan ke?” Getar suara Rayyan membalas. Matanya sudah mulai bergenang. Jangan ingat hanya perempuan je tau nangis! Dia pun tau ar. Saat itu dia sudah kehabisan idea untuk memujuk isterinya. Pada saat itu, dia mulai sedar yang Liza benar-benar nekad dengan keputusannya.

      Sudah beberapa bulan dia cuba untuk memujuk Liza namun semuanya seperti sia-sia sahaja. Pujukan serta rayuannya langsung tidak berbekas di hati Liza. Dia sudah berusaha sehabis mungkin sehingga sanggup merendahkan egonya meminta pertolongan Lutfi. Namun, semuanya tidak berhasil. Akhirnya, dia terpaksa mengambil keputusan melepaskan Liza dengan talak satu.



Rayyan…” panggil Marsya sambil mengibar-ngibarkan tangan kanannya di hadapan Rayyan. Panggilan Marsya telah menyebabkan Rayyan sedikit tersentak. ‘Jauh sungguh aku melamun.’ Bisik hatinya pula.

       “Maaflah kalau panggilan saya mengejutkan awak. Saya tak terniat pun.” Sambung Marsha lagi.

     “Tak apa. Saya tak kisah pun.” Ujar Rayyan pula. Marsha memandangnya seketika sebelum mengalihkan pandangan lalu tersenyum. “Kenapa?” Rayyan kaget.

      “Tak ada apa. Awak tak banyak berubah cuma kurus lagi je daripada dulu. Cara awak berfikir pula lain sangat dengan awak yang dulu. Makin matang!” komen Marsha. Rayyan pula ralit memerhatikan riak wajah Marsha. Mereka leka berbual-bual mengenai sejarah masing-masing setelah berpisah dahulu sehingga tidak menyedari masa semakin berlalu.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Love, Live, Learn

Thursday 23 May 2013

Tips Menghadapi Peperiksaan

Ehem2...

Maaf sesangat sebab dah lama meninggalkan blog ni.
Naik bersawang dah blog aku. Huhuhu... 
Dulu... aku memang cadang nak aktif berblogger lepas habis matrik. Tapi...
Yelahkan... Kita cuma manusia biasa. Mampu merancang tapi yang bagi approval utk kejayaan perancangan kita tu hanya ALLAH SWT.
Aku selalu terstuck dengan perasaan sebab tu aku malas nak menulis.

Perasaan... Satu benda yang aku rasa susah untuk deal dengan benda alah ni.
Hari ni aku nak share tentang TIPS2 bila kita menghadapi peperiksaan.
Bukan kenapa2 pun tapi... saja je nak share. Aku pun baru je lepas final exam akhir bulan April hari tu.
Exam apa? Exam untuk budak2 matrikulasi la. Aku budak PST Kolej Matrikulasi Perlis. ^_^
Nak naikkan sikit saham KMP ni... Hehehe.

TIPS Menghadapi Peperiksaan untuk pelajar2 yang jayyid di luar sana

1 ) Ulangkaji pantas
  • buat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait.
Ulasan dari aku... Aku rasa benda ni perlu dan sangat penting especially untuk budak2 matrikulasi. Yang atas2 tu tak tahu la tapi aku rasa macam sama je kepentingan benda alah ni. Ni memang nasihat tulus ikhlas dari aku yang serba-serbi lemah ni sebab aku pernah rasa susah sesangat sebab tak amal benda2 ni sejak masuk matrik. Kalau dah masuk matrik tak amal, tak pernah buat,... masa sekolah jangan haraplah aku rajin sangat nak buat. So... anak2 pelajar sekalian. Jangan ikut sikap ana ni ya...! Anta/Anti nak berjaya kan so buatlah yang terbaik untuk masa depan. 

Pastikan semua benda yang anda buat datang dari minat anda sendiri.
  • cari keutamaan subjek.
  • baca soalan yang lepas.
          Kalau yang ni, InsyaAllah... ada kesan juga kalau buat especially last2 minute. Tak taula orang lain macam mana... Aku study macam ni je dulu sebab aku jenis yang tak bleh study awal2. Huhuhu. Alhamdulillah... masa final hari tu okay skit. X ada stress2 macam sem 1 dulu.

2 ) Mengajar orang lain

  • Masa ni... kita akan paksa otak kita yang bergeliga tu untuk berfikir.. dan terus berfikir sehingga dapat jalan penyelesaian. Jadi... Jangan sesekali kedekut ilmu tu! Tak salah kita bantu kawan2. Berat sama dijinjing, ringan sama dipikul! Itu baru namanya kawan sejati... 
Belajar sama2... Such a sweet moment, u know!!!

3 ) Semak jadual
  • Jadual exam jangan peram! Bukan boleh buat pekasam pun... Belajar ikut jadual exam tu. Kesan dia... bila kita study macam ni kerana ia memberikan asimilasi situasi dan dapat guna minda pada tempoh2 tertentu.

4 ) Jauhi dari bercinta
  • Benda2 macam ni akan kacau emosi. Boleh membuatkan emosi2 anda yang sentiasa cool tu terganggu. Bila bercinta macam2 boleh berlaku... contohnya... anda yang muda belia lagi tu tak pasal2 je jadi pelupa sebelum tiba waktunya. Selain tu, anda mungkin boleh terkhayal mengenangkan kenangan2 silam anda dan si dia waktu tengah jawab exam. So... Jangan terkejut la bila anda sedar je... Anda tulis benda lain dekat kertas jawapan tu. 

5 ) Jangan terlalu banyak ketawa dan berseronok
  • Ketawa dan keseronokan melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia dalam badan. Perkara ini boleh menyebabkan penyusunan maklumat dalam fikiran terganggu. Tetapi, jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia akan memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.
Nak gelak... Jangan over2!

6 ) Jaga pemakanan
  • Sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan 
  • Kekacang

7 ) Berdoa
  • Kita hidup atas dunia ni, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Jadi, jangan lupa berdoa dekat pencipta kita agar Allah permudahkan segala urusan kita di dunia ni.

    




Love, Live, Learn

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba