Monday 14 April 2014

Kerana Cinta


KERANA CINTA 4

KLIA...

Abang Lutfi nampak dia tak?” Tanya Kamalia sambil memandang sekeliling. ‘Hisy… Mana pula dia ni? Takkan tak sampai lagi kot. Kemana la hang melilau ni?’ Bisik hatinya pula.

Lutfi cuma menggeleng sambil tersenyum. Kamalia masih belum tahu tentang hubungannya dengan Harisa. Start dari diorang berkawan sehinggalah mereka berkahwin. Biarlah ianya dirahsiakan dahulu sekarang ni. Malas nak kepoh-kepoh! Kalau kena tangkap pun, ada surat nikah apa.

“Assalamualaikum…” sapa satu suara dari belakang mereka tiba-tiba. Hampir terloncat Kamalia apabila disapa sedemikian.

“Waalaikumsalam warahmatullah. Lah… Wei, hang mai dari mana? Tiba-tiba je muncul dekat belakang kami!” ujar Kamalia. Lutfi pula cuma tersenyum. ‘Perangai tak berubah. Macam chipsmore! Kejap ada, kejap tak ada. Tak pun, sekelip mata dia boleh ada di sisi kita tapi dalam sekelip mata jugalah dia boleh hilang dari pandangan kita. Wife aku ni la…’ Bisiknya di dalam hati.

“Hehehe… Aku jatuh dari langit tadi. Terus ternampak hang depan mata aku. Itu yang aku bagi salam dulu tu.” Jawab Harisa selamba. Lutfi yang berada di belakang tersengih-sengih je dari tadi. Mentang-mentang la Kamalia membelakangi dia, mula la dia nak buat perangai gila dia tu.

“Wei, serius la. Main-main pula dia. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah-ubah bla… bla…” leter Kamalia. Harisa cuba sehabis daya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh Kamalia. Mukanya turut diseriuskan namun apa yang dikatakan Kamalia ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri malah lagi laju daripada yang masuk ke dalam telinganya.

“Lia, kau pandai berleter rupanya. Sejak bila???”

“Ya Allah, dia ni la. Hish… Sudahla, nyampah aku nak cakap dengan hang!” Kata Kamilia sambil menghentak-hentakkan kakinya, tunjuk perasaan.

Okey! Kalau macam tu, aku balik dulu la.” Kata Harisa sambil mengorak langkah namun ditahan Kamalia tiba-tiba. ‘Dia nikan… heartless je!’

“Eiii… Hang ni kan. Memang!!! Patutnya aku yang merajuk tau. Ni tak, hang pula yang nak blah dulu. Mana aci…”

“Memang la ni aku… Takkan Iqram pula kot! Iqram tu boleh la pasal dia hubby hang. Nak main pujuk-pujuk pula. Aku ni tak ada sapa yang nak pujuk tau. Dah la penat baru balik, tak sempat aku nak duduk dekat atas kerusi dah kena leter pula. Haih… Sadisnya hidup aku.” Hah, kan dah keluar ayat pasrah!

“La… Sorry la. Takkan dengan aku pun hang nak terasa.”

“Hehehe… Sejak hang kahwin dengan Am. Am kan mat romeo. Manalah tau kot-kot hang pun dah jadi minah jiwang. Saja nak uji je tadi tu.” Ujar Harisa sambil tersengih. Mereka berbual-bual tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Lutfi pun macam dah ghaib je tapi nasib baiklah dia seorang yang memahami. Dia ikut je sambil tolong tolak troli yang penuh berisi dengan luggage tu.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Pada malam harinya…

Harisa duduk di luar seorang diri. Dia menyepikan diri dalam kedinginan malam. Macam berani je padahal dia cuak juga sebenarnya. Huhuhu.

“Hrm… Teringat orang putih dekat sana ke sayang?” sapa Lutfi dari arah belakang. Harisa sedikit tersentak sambil melafazkan istighfar. Alhamdulillah… Syukurlah dia bukan jenis melatah. Tapi, dulu kena tegur juga sebab terkejut sikit je habis doa iftitah dibaca selepas tahmid dan takbir. Kelakar la pula kalau ingat zaman dolu-dolu ni.

‘Haish… Nasib baik la laki aku, kalau tak melambung dia aku kerjakan! Buat terkejut je.’ Bisik hari Harisa. Kalau cakap betul karang ada babak filem touching sesat malam ni.

“Ha’ah… Teringat jiran sebelah rumah waktu duk dekat sana. Bujang lagi tu. Tiap-tiap waktu kan, dia selalu tegur kalau terserempak dengan dia. Peramah betul. Then, tak sangka pula kata dia pun Islam juga.” Hehehe… Kacau lagi aku time-time macam ni. Nasiblah bang oit boleh bini perangai gila-gila macam ni.

“Oh… Apa lagi?” Tanya Lutfi sambil buat-buat tersenyum. Nasib baik malam kalau tak malu je Harisa perasan. ‘Control… Control… Cool Lutfi. Jangan mudah melatah. Wife hang yang duk depan hang ni. Bukan sapa-sapa kay.’ Pujuk hati Lutfi.

Bro, dia kata kalau Risa tak kahwin lagi dia nak masuk meminang. Tapi, nasib baiklah kan Risa dah kahwin dan…” Kata-kata Harisa dibiarkan tergantung. Biar ada thrill sikit.

‘Eleh, nak control konon. Ingat lampu jalan depan rumah mereka tak berfungsi agaknya. Lampu tu, on time je, kerja dia menyala. Dari dulu sampai sekarang macam tu. Tak berubah! Eh, apasal tiba-tiba masuk bab lampu jalan ni. Ingat TNB ke nak kira nombor tiang dan segala bagai benda alah tu. Tapi, bila difikirkan semula kesian la pula dekat hubby tersayang aku ni. Harisa, ingat hadis Rasulullah kata apa ye!’ fikir Harisa.

“Dan…”

“Dan… Dia kata lagi. Risa beruntung sangat bersuamikan Syed Muhammad Harith Lutfi Al-Ikhwan ni kerana masih izinkan Risa habiskan Master dekat sana. Alhamdulillah, suami Risa seorang yang memahami. Dia kata kalau sesetengah orang tu, susah dah nak buat macam apa yang abang buat. Sayang wife la katakan. Kena dekat-dekat selalu. Hahaha…”

“Siapa gerangan kawan Risa tu ye?” Tanya Lutfi tiba-tiba. Giliran Harisa pula tersentak. ‘Don’t tell me yang my beloved hubby nak cari mamat tu!’

“Erm… Kenapa nak tahu?” Tanya Harisa kembali lambat-lambat.

“Saja je. Kalau ada rezeki, abang nak say thank you sebab sedarkan wife abang kata dia dah berlaki. Si… Adoi!!! Sakitlah sayang.” Jerit Lutfi sambil mengaduh. “Tangan wife abang dah jadi ketam. Sampai hati ketam tu ambil tangan wife abang. Oh… Ketam! Di manakah engkau? Pulangkan kembali tangan wife aku… Pulangkan”

“Abang…!!!” getus Harisa, geram. Melalut pula dia. Ingat ni kisah dia ke apa. Suka-suki je bermaharajalela dalam story aku. Nak kena brainwash ni.

“Ye sayang. Kenapa? Dah ngantuk ke?” usik Lutfi. Dia tahu benar tahap mana kesabaran isteri kesayangannya itu. Pantang jentik hot topic. Boleh la tengok muka cute dia yang sebenar-benarnya. Pelikkan! Makin dia marah, makin cute jadinya. So, itulah hobi terbaru Lutfi kalau Harisa ada depan mata. Semua ni sebab Harisa dulu sebenarnya seorang yang sangat pendiam.

“He… He… He… Malam ni abang tidur dekat luar ek!” Ujar Harisa lambat-lambat sambil buat-buat tersengih. Ada juga sengih buat-buat kan? Nasib baik tak ada sengih yang diambil. Paling best, satu-satu suku kata dia asingkan.

“Comel sayang gelak macam tu. Sweet je! Nak buat iklan untuk ubat gigi ke. Cakap je sayang nak company yang macam mana? Safi? Mukmin? Codomo Lion pun boleh kalau sayang nak. Nanti abang boleh tolong arrangekan. Hahaha…” Usai berkata, Lutfi terus bantai gelak. Dia langsung tak hirau muka tak ada riak isterinya itu. Macam tak faham-faham je erti pandangan mata kuyu itu. Eh, kuyu ke?

“Ti… Dur… Lu… Ar… !!!” ujar Harisa tanpa nada. Dia terus melangkah masuk tanpa menghiraukan Lutfi di belakangnya yang dah berhenti ketawa tapi masalahnya dia masih tersenyum. Itu yang buat Harisa bertambah bengkek sangat.

“Sayang… Don’t you miss me? Hug? Kiss?” kata Lutfi lagi. Kali ini diseriuskan mukanya agar tidak terkantoi.

“Urgh… Cerdik, diamlah!!! Lantak ar dengan semua tu. Tak hairan la!” Kenapa la dia ditakdirkan dengan orang yang selalu kacau konsentrasi dia selaku seorang perempuan? Nasib badan… Lutfi ketawa lagi setelah mendengar jawapan itu. Lagi dan lagi… Dia terlupa agaknya yang isterinya itu sebelum berubah jadi pendiam dulu memang seorang yang heartless.

Oleh yang demikian, dengan selamatnya pada malam itu dia terpaksa tidur dalam kereta BMWnya kerana Harisa terus menyelak kunci dari dalam rumah apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah. Nasib baiklah dia tak kunci lagi pintu kereta tu kalau tak, tak tahulah dia nak tidur di mana. Ngeri betul kalau nak difikirkan semula. Haih… Nasib baik jugalah dia beli kereta BMW walaupun masih hutang lagi beberapa ribu!



Sekali lagi dia dikejutkan apabila keesokkan paginya dia dikejutkan Harisa yang telah bertelekung. Dah la telekung tu putih, muka pula bersih je. Mahu ke dia tak ingat kata Harisa dah ‘pergi’ tinggalkan dia. Sampai meraung-raung dia nangis sambil peluk Harisa minta Harisa stay dekat sisi dia. Mula-mula tu nampak macam Harisa bengang je sebab dia tak suka orang peluk dia tapi lepas dapat  detect apa yang dituturkan oleh Lutfi. Dia pula yang bantai gelak habis-habisan. Sampai keluar air mata punyalah seronok boleh gelakkan orang. Isy… Isy… Isy… Ada ke patut?

Sejak saat itu, setiap kali Harisa nampak muka dia je, dia mesti senyum. Dah faham sangat dah. Tak lain tak bukan, gelakkan dia la tu. Namun, dia suka melihat tawa pada riak wajah isterinya itu sebab ada lesung pipit yang tersembunyi di sebelah kiri. Sama seperti dirinya juga. Tambahan pula, ramai kawan-kawannya memuji yang mereka berdua hampir seiras dari segi paras rupa. Itulah yang sentiasa mengembangkan hatinya lalu menjadikan Harisa sebagai permaisuri hatinya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++






Love, Live, Learn

Saturday 5 April 2014

Keserasian 12 Zodiak

Keserasian di antara zodiak..

SCORPIO
#google

Kekasih : Cancer, Pisces, Taurus

Teman : Capricorn, Virgo, Scorpio

Rakan Sekerja : Aries, Sagittarius, Gemini

Musuh : Leo, Aquarius, Taurus


AQUARIUS
#google

Kekasih : Libra, Gemini, Leo

Teman : Sagittarius, Aries, Aquarius

Rakan Sekerja : Virgo, Cancer, Pisces

Musuh : Scorpio, Taurus, Leo


TAURUS
#google

Kekasih : CapricornVirgoScorpio

Teman : Cancer, PiscesTaurus

Rakan Sekerja : Libra, Sagittarius, Gemini

Musuh : Aquarius, Leo, Scorpio


GEMINI
#google

Kekasih : Aquarius, Libra, Sagittarius

Teman : Aries, Leo, Gemini

Rakan Sekerja : Taurus, Capricorn, Scorpio

Musuh : VirgoPiscesSagittarius




CANCER
#google

Kekasih : PiscesScorpio, Capricorn 

Teman : VirgoTaurus, Cancer

Rakan Sekerja : Aquarius, Leo, Sagittarius

Musuh : Aries, Libra, Capricorn 




VIRGO
#google

Kekasih : Taurus, Capricorn, Pisces

Teman : Scorpio, CancerVirgo

Rakan Sekerja : LeoAquarius, Aries 

Musuh : Gemini, Sagittarius, Pisces


PISCES
#google

Kekasih : Scorpio, Cancer, Virgo

Teman : Capricorn, Taurus,  Pisces

Rakan Sekerja : Aries, Leo, Libra 

Musuh : Sagittarius, Gemini, Virgo




LEO
#google

Kekasih : AriesSagittarius, Aquarius

Teman : Gemini, Libra, Leo  

Rakan Sekerja : CapricornVirgoPisces 

Musuh : Scorpio, Taurus, Aquarius




ARIES
#google

Kekasih : LeoSagittarius, Libra

Teman : Aquarius, Gemini, Aries 

Rakan Sekerja : VirgoScorpioTaurus

Musuh : Cancer, Aries, Libra


LIBRA
#google

Kekasih : Gemini, Aquarius, Aries

Teman : LeoSagittarius, Libra   

Rakan Sekerja : PiscesTaurus, Scorpio

Musuh : Capricorn, Cancer, Aries


SAGITTARIUS
#google

Kekasih : Aries, LeoGemini

Teman : Aquarius, Libra, Sagittarius  

Rakan Sekerja : Capricorn, Cancer, Taurus

Musuh : Virgo, Pisces, Gemini


CAPRICORN
#google

Kekasih : Virgo, Taurus, Cancer 

Teman : Pisces, Scorpio, Capricorn  

Rakan Sekerja : Aquarius, GeminiLeo

Musuh : Libra, Aries, Cancer







Love, Live, Learn

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba