Wednesday 31 July 2013

Matang atau masih kebudak-budakan???


Soalan :


Apakah faktor utama yang menjadi pilihan anda apabila membeli pakaian?

A. Jenama
B. Trends
C. Warna
D. Rekaan
E. Harga




Analisis

A : Secara amnya, anda boleh dikira sebagai seorang yang matang. Walaupun terdapat sesetengah hal persembahan anda tidak memuaskan, tapi anda masih berusaha menuju ke arah matlamat. Anda mungkin menganggap diri anda adalah seorang yang matang, tapi kadang-kadang tingkah laku yang tidak sengaja anda lakukan menunjukkan anda masih lagi mempunyai sedikit sifat kebudak-budakan. Oleh yang demikian, anda masih senang dilabelkan sebagai seorang 'budak' atau masih kebudak-budakan.

B : Anda masih tenah berusaha untuk meninggalkan sifat budak-budak yang masih wujud. Maka anda masih belum dikira sebagai seorang yang matang. Kematangan dalam psikologi anda baru saja berada di peringkat permulaan saja. Tapi sekiranya dari sekarang anda berkelakuan sebagai seorang yang matang, maka usaha anda itu akan mengecapi kejayaan.

C : Anda seorang yang matang. Selain matang, anda juga seorang yang anggun. Ramai orang yang terpesona dengan perwatakan dan penampilan anda. Walaupun anda seorang yang matang, tapi dalam soal percintaan anda tidak menanganinya dengan baik.

D : Dari segi fizikal dan mental, anda adalah seorang yang matang. Setiap hari anda kelihatan bersemangat dan berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda sangat dipercayai oleh kawan-kawan anda ataupun pihak atasan anda. Tapi terdapat satu kelemahan iaitu anda terlalu serius dalam kehidupan anda menyebabkan anda tidaklah begitu menarik berbanding dengan orang lain.

E : Apabila melihat tingkah laku, percakapan dan tindakan yang anda buat, anda memang seorang yang matang. Tapi pada hakikatnya anda adalah seorang yang 100% bergantung kepada orang lain. Bukannya semua orang boleh tahan dengan sikap anda yang terlalu bergantung itu kecualiahli keluarga ataupun kekasih yang sayang akan anda sahaja. Maka, anda kenalah mengubah sikap anda itu!




Love, Live, Learn

Monday 29 July 2013

Reaksi 12 zodiak apabila dibuang sekolah ~ Part 1

Apabila pengetua memberi surat pemberhentian sekolah kepada mereka, apakah reaksi yang bakal ditunjukkan?

Aries

Aries mengoyak kertas itu dan meluru keluar dari kelas. Tidak lama kemudian, dia balik dengan memegang seketul batu yang dicuri di tapak pembinaan yang berhampiran dengan sekolah. Kemudian dia akan menjerit kepada pengetua yang memberi surat kepadanya!
Aries : Kenapa pengetua nak buang saya? Cepat cakap!
Pengetua : Adakah... adakah ini kelas 3D?!!
Aries :Bukan!!
Pengetua : Adakah... adakah awak ialah XXXXX?
Aries : Bukan!!
Pengetua : Errr... Errr... Saya telah tersilap masuk kelas!!

Taurus

Taurus akan terperanjat apabila menerima surat dibuang sekolah. Dia akan terpaku di sana!
Guru : Pelajar ni, awak telah dibuang sekolah!
Taurus : ...
Guru : Pelajar ni, cepat berkemas dan beredar dari sini!
Taurus : ...
Guru : Saya tahu awak sedang bersedih, tapi saya pun tak boleh nak buat apa-apa!
Taurus : ...
Guru : Awak janganlah macam ni, cakaplah sesuatu!
Taurus : ...
Taurus : ...
Taurus : ...
Guru : Pelajar ni, awak nampak macam jujur! Saya bagi awak satu peluang lagi... Ai...

Gemini

Gemini akan menarik pengetua ke tepi kemudian berbisik di telinga pengetua.
Gemini : Pengetua, kalau pengetua buang saya dari sekolah, dana sekolah ini akan berkurang RM 2 512. 05 setiap tahun.
Pengetua : Emmm...
Gemini : Cuba dengar baik-baik pengetua, kemudahan di sekolah ini akan meningkat, setiap kelas akan dipasang dengan penghawa dingin, setiap pelajar memiliki komputer, buku rujukan di perpustakaan juga akan bertambah...
Pengetua : XXXXX, dengar baik-baik! Anda telah dibuang sekolah!

Cancer

Cancer menjadi sangat sedih sebaik saja terima surat dibuang sekolah.
Cancer : Ahli keluarga saya pasti bersedih sekiranya mengetahui saya dibuang sekolah. Abang dan kakak yang sayangkan saya pasti kecewa. Ibu bapa terpaksa bertungkus lumus kerana saya lagi.
Cancer mula menagis...
Cancer : Woooooooooooooo...
Guru : Janganlah menangis!
Cancer : Wooo... kenapa pengetua nak buang saya?!
Guru : Sebab awak sering datang lambat...
Cancer : Woooooo... saya bukannya sengaja... Woooooo...
Guru : Ah... janganlah menangis! Kalau awak berhenti menangis, saya berjanji tidak akan buang awak dari sekolah!
Cancer : Woooo... Wooo...

Leo

Leo : Nak buang saya dari seolah?
Leo akan menyikat rambutnya dan menarik bajunya kemudian berjalan ke arah pentas dengan gaya yang macho...
Leo : Kalian, hari ni pihak sekolah nak buang saya dari sekolah. Esok mungkin kamu semua pula yang akan dibuang. Bolehkah kamu semua bersabar?
Para pelajar : Mestilah tidak!
Leo : Pihak sekolah telah buang saya dari sekolah... Memang tidak adil... Betul tak?
Pengetua : XXXXX ini adalah senarai kesalahan yang sering awak lakukan di sekolah. Bergaduh, ponteng kelas, tidak hormat pada guru, bercakap ketika guru mengajar... Semuanya terdapat 1001 kesalahan. Apa lagi yang awak nak cakap?
Leo : ...  



Love, Live, Learn

Friday 26 July 2013

Kenalilah diri sendiri

Pilih jawapan kemudian jumlahkan markah yang korang dapat, maka anda akan tahu siapa diri anda yang sebenar. Selamat mencuba...

  • Apakah yang akan disebut oleh seseorang yang melihat pasu bunga pecah berderai?
- Aiya! Pasu bunga yang mahal! (3 markah)
- Aii... apa yang boleh buat, dah pecah. (1 markah)
- Lebih baik aku cepat sapu serpihan kaca supaya orang lain tidak luka akibat terpijak serpihan kaca. (4 markah)
  • Apakah yang akan anda lakukan sekiranya sesuatu perkara yang penting telah gagal untuk dilaksanakan? 
- Seolah-olah sesak nafas. (3 markah)
- Tidak dapat berfikir apa2 langsung. (4 markah)

- Sedih sehingga nak muntah, amat sedih sekali. (1 markah)
  • Apakah yang anda fikirkan sebelum tidur ketika baring di atas katil? 
- Perkara yang patut dilakukan esok hari. (4 markah)
- Perkara yang berlaku pada hari ini. (2 markah)
- Perkara yang bukannya realiti. (3 markah)
  • Ada budak tengah main di tepi pantai, tiba2 terdapat jeritan. Apakah yang dijeritnya?
- Wah! Menakutkan! (4 markah)
- Wah! Air sangat sejuk! (3 markah)
- Wah! Sangat seronok! (2 markah)
  • Sekiranya anda pergi menonton sebuah filem seram, siapakah yang akan anda ajak? 
- Seorang diri. (1 markah)
- Teman lelaki. (3 markah)
- Kawan perempuan. (2 markah)
  • Seorang pejalan kaki terjumpa sebuah kotak, apakah yang akan dilakukannya? 
- Walaupun syak di dalamnya diisi bom, tapi masih mendekati kotak berkenaan. (1 markah)
- Berasa amat takut dan ikut jalan lain. (4 markah)
- Alihkan kotak itu ke tepi supaya orang lain tidak jatuh akibat tersepak kotak tersebut. (2 markah)
  • Musim apakah yang paling sesuai untuk bercinta? 
- Musim panas. (1 markah)
- Musim luruh. (3 markah)
- Musim bunga. (4 markah) 
  • Apakah yang bakal berlaku kepada tumbuhan yang baru saja tumbuh? 
- Mekar bunga yang cantik. (3 markah)
- Menghasilkan banyak buah. (1 markah) 
- Daun yang lebat. (2 markah)

  • Apabila mempunyai perjumpaan dengan kawan, lokasi apakah yang akan menjadi pilihan anda?
- Bufet. (1 markah)
- Restoran Jepun. (4 markah)
- Restoran Itali. (2 markah)
  • Anda berlari ke perhentian bas, namun bas tidak menunggu anda, apakah yang anda fikirkan pada masa itu? 
- Sepatutnya kena keluar rumah lebih awal. (2 markah)
- Kenapa bas tak nak tunggu saya? (3 markah)
- Geramnya! (1 markah) 



Kiraan Markah

Kategori A : 30 markah ke atas
Kategori B : 25 - 30
Kategori C : 18 - 24
Kategori D : 17 markah ke bawah

Analisis

Kategori A
Anda seorang yang bertimbang rasa, mempunyai peribadi yang matang dan baik hati. Anda tidak dapat bergaul dengan mereka yang sukar menyusahkan orang lain, mudah marah dan cerewet.

Kategori B
Anda tidak tahan dengan mereka yang cuai dan lalai. Anda suka akan mereka yang mempunyai pendirian diri. Anda juga suka kepada mereka yang romantik.

Kategori C
Anda mempunyai permintaan yang tinggi terhadap diri sendiri dan juga orang sekeliling anda. Anda suka orang yang jujur seperti anda, malah anda sangat peramah dan ikhlas dengan orang lain.

Kategori D
Anda adalah jenis orang yang takut dilukai. Maka anda memerlukan kawan ataupun teman yang sangat prihatin, minat dengan seni atau sastera. Orang sedemikian barulah boleh memahami hati anda.

Love, Live, Learn

Friday 12 July 2013

Kerunsingan


Apa2 pun, mula2 sekali nak ucap Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak buat semua. Baru nak ucap sebab awal2 puasa lagi aku dah kena sakit kepala aka migrain.. Faham2 la kalau aku kena penyakit tu. Aku pun surrender... Huhuhu... Ni baru okay sikit la walaupun goyah2 lagi. Kalau tak okay habis sangat tumbang je pun kan... Hahaha.


Ha... Nak dijadikan cerita la kan...
Kelmarin, masa duk landing2 baik punya nak tidur, tiba2 dapat mesej kata dah boleh buat semakan UPU.
Aku dah lama tak online, itu yang guna mesej je... ^_^

Check la aku pun...

Aku dapat UniMAP... RK45... iaitu
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Elektronik Industri)
Bawah Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik

Itu apa yang aku tahu untuk setakat inilah... Tak dapat nak check online. Huhuhu...


Tentang perasaan tu, alhamdulillah akhirnya dapat juga aku sambung belajar tetapi itulah masa mula2 dapat tau kata dapat kat UniMAP memang down jugalah.


Apasal la kat situ juga aku dapat! Bukan apa, aku rasa mana2 orang Perlis pun teringin nak belajar luar dari Perlis so samalah juga dengan aku. Huhuhu... Yelah sejak dari kecik aku kat sini, nak tengok juga dunia luar. Anak jati Perlis sungguhla aku ni.

Masa duk apply UPU pun dah terfikir dah pasal benda ni. Ada kemungkinan... aku memang tak dapat keluar dari Perlis Indera Kayangan ni. Huhuhu.. Nasib badan...


Lepas tu, aku pun roger2 la abang2 dan kakak2 tersayang. See... Baik tak aku???! Hahaha...

Mesyuarat satu family dulu untuk tanya pendapat diorang semua. Mak ayah tak payah roger sebab waktu dapat tau pasal UPU ni, diorang la orang first yang aku bagitau... Mana tak bagitau, siap tunggu belakang aku lagi waktu duk check. +_+

Lepas2 tu, aku pun text la kat my precious tu pula. Kalau nak ikut, was2 la juga nak bagitau.. Tapi, aku bagitau juga. Sebab hari tu asyik duk nyanyi UPU je ke aku. Tapi, tak adalah on the spot... Tambah pula sekarang ni lepas dia kerja dia buka burger stall pula depan rumah so lepas terawih la baru kami mesej2. Ini reaksi2 dia...

Masa mula2 aku bagitau... 
'Tahniah3. Doa abg Allah dh makbulkan :-)'
Lepas terawih... 
Mesej punya mesej, aku dapat tangkap yang dia nak aku jadi cikgu sebenarnya. Hahaha... Malangnya, aku tak ada rezeki dalam bidang tu lagi.
Dan dia pun perasan akan kerunsingan yang melanda aku tu... Dia cakap dia ikut aku jer. Last2... Dia nasihat...
'Ayg redha ye dgn apa yg Allah bg... Jgn rase trkilan atau sebaliknya ye!'
Aku pun tak tahu nak kata perasaan aku macam mana sebenarnya tapi insya allah aku terima takdir hidup aku ni. 
"redha itu pasrah
pasrah itu menyerah"

Semoga aku menjadi orang yang sabar dan tak pernah membelakangkan Allah SWT! Ameen...





Love, Live, Learn

Saturday 6 July 2013

Kehidupan

Tajuk yang simplekan??? Hehehe... 
Aku malas sesangat nak menaip ni sebab terlalu penat. Kaki ni rasa macam dah hilang entah ke mana sahaja sebab banyak sangat berjalan tadi. Tapi, disebabkan semangat abang aku yang rajin sangat membawa aku pergi shopping so aku pun bershoppingla dengan sakannya. Weeee... 


Aku ni malas sikit bab-bab shopping ni. Kalau shopping pun mesti pasal baju raya je.
Okie... Itu jelah yang aku nak kata sebenarnya. Panjang betul mukaddimah aku kali ni dalam malas-malas pun. Hehehe... Awalkan aku beli baju raya!
Warna apa? 
Baju apa?
Biarlah rahsia dulu... Tunggu raya!
Tapi yang pastinya aku tunaikan kata-kata aku. ^^,

Ada seseorang tu minta nak sedondon dengan aku tahun ni so aku pun pusingla satu TESCO tu semata-mata nak cari warna tu je. Sampaikan mak aku tanya, "Kenapa cari warna ni?"

Aku pun jawablah sambil selak baju-baju yang cantik depan aku tu macam ni,"Saja!"

Pemalas tak hengat kan aku ni... Hehehe. Kalau cakap benda betul nanti makin panjang pula cerita dia jadi aku jawab macam tu jelah. Karang kalau jawab kawan yang nak sedondon mesti kena temuduga buat kali ke-158 pula. Aku dah malas dah nak cerita pasal dia kat mak.
Kira beruntung sangat la tu... my precious one pun tak sama warna dengan aku. Tapi adalah sikit-sikit warna yang dia pakai dekat baju tu. Nak bagi adil sebab tak bagitau dia pun...

rehat dahulu bersama hot choc!
Kali ni, nak selit sedikit tentang my precious one tu. 
Dia bakal student! Dalam januari tahun depan katanya. Tahun 2014...
Ha... Dia tak muda dari aku tau!
Kali ni, dia sambung untuk Master pula. Harap-harap taklah satu uni dengan dia nanti!

Cantikkan??? ^^
Perbualan kami baru-baru ni...

Masa ni, kami masing-masing tengah tengok Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kat rumah masing-masing. 

"Ayang, nanti abang harap ayang jadi lagu tu!"

"Jadi lagu mana pula dah??" Aku masa tu busy main Candy Crush Saga kat Facebook. Hehehe.
Dia pun dah tak larat bising kat aku pasal suka sangat main game. Kalau aku fokus dengar tilawah, confirm tidur sampai esok pagi.

"Jadi macam qariah tulah..."

"Oh... Insya allah" balas aku.

"Nanti, pakai jubah dengan tudung labuh macam adik-adik abang ye!"

'Allah hai... mapuh lagu ni...' bisik akal aku. Last2, aku balas, "Yang tu aku tak berani nak kata pa... Aku nak berubah cuma aku perlu masa sikit kali ni!"

"Tak palah... Kalau hang tak berubah pun. Aku tetap dengan hang!"

Itu je dia balas... rasa terharu juga sebenarnya. Huhuhu... Tapi, jangan terkejut pula! 'aku-hang'...
Memang aku macam tu pun dengan dia sejak dari awal2 kenal lagi... Dia adalah tegur suruh ubah tapi aku buat don't know je... Macam mana orang lain dengan aku, macam tulah aku dengan dia even aku lagi bersopan dengan orang lain dari dia. Hahaha...


Aku yang dahulu... Tang tudung labuh je la. Hikhik... 
Tang purdah tu, dah ada niat dah dulu tapi rasa macam tak mampu nak istiqamah kot. 
Itu yang biasa2 je... Apa2 pun, insya allah... Aku akan cuba yang terbaik untuk masa depan sendiri. Amin...




Love, Live, Learn

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba