Monday, 29 July 2013

Reaksi 12 zodiak apabila dibuang sekolah ~ Part 1

Apabila pengetua memberi surat pemberhentian sekolah kepada mereka, apakah reaksi yang bakal ditunjukkan?

Aries

Aries mengoyak kertas itu dan meluru keluar dari kelas. Tidak lama kemudian, dia balik dengan memegang seketul batu yang dicuri di tapak pembinaan yang berhampiran dengan sekolah. Kemudian dia akan menjerit kepada pengetua yang memberi surat kepadanya!
Aries : Kenapa pengetua nak buang saya? Cepat cakap!
Pengetua : Adakah... adakah ini kelas 3D?!!
Aries :Bukan!!
Pengetua : Adakah... adakah awak ialah XXXXX?
Aries : Bukan!!
Pengetua : Errr... Errr... Saya telah tersilap masuk kelas!!

Taurus

Taurus akan terperanjat apabila menerima surat dibuang sekolah. Dia akan terpaku di sana!
Guru : Pelajar ni, awak telah dibuang sekolah!
Taurus : ...
Guru : Pelajar ni, cepat berkemas dan beredar dari sini!
Taurus : ...
Guru : Saya tahu awak sedang bersedih, tapi saya pun tak boleh nak buat apa-apa!
Taurus : ...
Guru : Awak janganlah macam ni, cakaplah sesuatu!
Taurus : ...
Taurus : ...
Taurus : ...
Guru : Pelajar ni, awak nampak macam jujur! Saya bagi awak satu peluang lagi... Ai...

Gemini

Gemini akan menarik pengetua ke tepi kemudian berbisik di telinga pengetua.
Gemini : Pengetua, kalau pengetua buang saya dari sekolah, dana sekolah ini akan berkurang RM 2 512. 05 setiap tahun.
Pengetua : Emmm...
Gemini : Cuba dengar baik-baik pengetua, kemudahan di sekolah ini akan meningkat, setiap kelas akan dipasang dengan penghawa dingin, setiap pelajar memiliki komputer, buku rujukan di perpustakaan juga akan bertambah...
Pengetua : XXXXX, dengar baik-baik! Anda telah dibuang sekolah!

Cancer

Cancer menjadi sangat sedih sebaik saja terima surat dibuang sekolah.
Cancer : Ahli keluarga saya pasti bersedih sekiranya mengetahui saya dibuang sekolah. Abang dan kakak yang sayangkan saya pasti kecewa. Ibu bapa terpaksa bertungkus lumus kerana saya lagi.
Cancer mula menagis...
Cancer : Woooooooooooooo...
Guru : Janganlah menangis!
Cancer : Wooo... kenapa pengetua nak buang saya?!
Guru : Sebab awak sering datang lambat...
Cancer : Woooooo... saya bukannya sengaja... Woooooo...
Guru : Ah... janganlah menangis! Kalau awak berhenti menangis, saya berjanji tidak akan buang awak dari sekolah!
Cancer : Woooo... Wooo...

Leo

Leo : Nak buang saya dari seolah?
Leo akan menyikat rambutnya dan menarik bajunya kemudian berjalan ke arah pentas dengan gaya yang macho...
Leo : Kalian, hari ni pihak sekolah nak buang saya dari sekolah. Esok mungkin kamu semua pula yang akan dibuang. Bolehkah kamu semua bersabar?
Para pelajar : Mestilah tidak!
Leo : Pihak sekolah telah buang saya dari sekolah... Memang tidak adil... Betul tak?
Pengetua : XXXXX ini adalah senarai kesalahan yang sering awak lakukan di sekolah. Bergaduh, ponteng kelas, tidak hormat pada guru, bercakap ketika guru mengajar... Semuanya terdapat 1001 kesalahan. Apa lagi yang awak nak cakap?
Leo : ...  



Love, Live, Learn

No comments:

Post a Comment

Salam Alaykum...
Komen2 ar kat sini...!

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba