Sunday 17 August 2014

Shopping Time!!!

Assalamualaikum and very good morning... ^^
Have a nice day uolls!! Aminnn...

Ha... Lama dah tak mengupdate blog ni. Minta maaf la sesangat ye.

Kekangan masa yang mencemburui masa lapang saya. Ni pun tengah2 demam pun update juga sebab dah planning on something. So, we juz need to make it possible!

Planning?!!!

Okie.. dah lama dah sebenarnya. Haritu, need time to renovate sana sikit, sini sikit. Tup.. tup.. lepas setel renovate terstop pula. Lama pula tu. Ha...!! 

Now, 

Saya, on behalf one of the person who manage some online boutiques nak habaq ni yang we are going to re-'open' our shop again. As soon as possible.. insya Allah



Oraitee my deary sekalian,

Ni link ke butik online kami... so, if there is unless in our ways to entertain uolls as our customer, we are so sorry juz in case that we are juz human being. Nobody perferct! Thank you... ^^

Butik Kami (official & page)

Haya Collection (page)

Nice Boutique Collection (page)

P/s : Kepada pelanggan2 yang dihormati,

Kami sentiasa cuba untuk memberikan layanan yang terbaik kepada pihak tuan/puan. Oleh yang demikian, segala kesulitan dan kekurangan dari pihak kami amatlah dikesali. 

Di sini, saya juga ingin menguar-uarkan sekiranya pihak tuan/puan ingin mencari sesuatu item yang lebih spesifik kerana kami dalam proses meluaskan item yang dijual maka 'lambakan' barang di laman tersebut juga akan bertambah. Tuan/puan dialu-alukan untuk terus pm ke fb saya, Cool Supernouva Selamba untuk memudahkan pencarian.

Sekian dari saya.. terima kasih dan selamat bershopping!!!





Love, Live, Learn

Monday 14 April 2014

Kerana Cinta


KERANA CINTA 4

KLIA...

Abang Lutfi nampak dia tak?” Tanya Kamalia sambil memandang sekeliling. ‘Hisy… Mana pula dia ni? Takkan tak sampai lagi kot. Kemana la hang melilau ni?’ Bisik hatinya pula.

Lutfi cuma menggeleng sambil tersenyum. Kamalia masih belum tahu tentang hubungannya dengan Harisa. Start dari diorang berkawan sehinggalah mereka berkahwin. Biarlah ianya dirahsiakan dahulu sekarang ni. Malas nak kepoh-kepoh! Kalau kena tangkap pun, ada surat nikah apa.

“Assalamualaikum…” sapa satu suara dari belakang mereka tiba-tiba. Hampir terloncat Kamalia apabila disapa sedemikian.

“Waalaikumsalam warahmatullah. Lah… Wei, hang mai dari mana? Tiba-tiba je muncul dekat belakang kami!” ujar Kamalia. Lutfi pula cuma tersenyum. ‘Perangai tak berubah. Macam chipsmore! Kejap ada, kejap tak ada. Tak pun, sekelip mata dia boleh ada di sisi kita tapi dalam sekelip mata jugalah dia boleh hilang dari pandangan kita. Wife aku ni la…’ Bisiknya di dalam hati.

“Hehehe… Aku jatuh dari langit tadi. Terus ternampak hang depan mata aku. Itu yang aku bagi salam dulu tu.” Jawab Harisa selamba. Lutfi yang berada di belakang tersengih-sengih je dari tadi. Mentang-mentang la Kamalia membelakangi dia, mula la dia nak buat perangai gila dia tu.

“Wei, serius la. Main-main pula dia. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah-ubah bla… bla…” leter Kamalia. Harisa cuba sehabis daya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh Kamalia. Mukanya turut diseriuskan namun apa yang dikatakan Kamalia ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri malah lagi laju daripada yang masuk ke dalam telinganya.

“Lia, kau pandai berleter rupanya. Sejak bila???”

“Ya Allah, dia ni la. Hish… Sudahla, nyampah aku nak cakap dengan hang!” Kata Kamilia sambil menghentak-hentakkan kakinya, tunjuk perasaan.

Okey! Kalau macam tu, aku balik dulu la.” Kata Harisa sambil mengorak langkah namun ditahan Kamalia tiba-tiba. ‘Dia nikan… heartless je!’

“Eiii… Hang ni kan. Memang!!! Patutnya aku yang merajuk tau. Ni tak, hang pula yang nak blah dulu. Mana aci…”

“Memang la ni aku… Takkan Iqram pula kot! Iqram tu boleh la pasal dia hubby hang. Nak main pujuk-pujuk pula. Aku ni tak ada sapa yang nak pujuk tau. Dah la penat baru balik, tak sempat aku nak duduk dekat atas kerusi dah kena leter pula. Haih… Sadisnya hidup aku.” Hah, kan dah keluar ayat pasrah!

“La… Sorry la. Takkan dengan aku pun hang nak terasa.”

“Hehehe… Sejak hang kahwin dengan Am. Am kan mat romeo. Manalah tau kot-kot hang pun dah jadi minah jiwang. Saja nak uji je tadi tu.” Ujar Harisa sambil tersengih. Mereka berbual-bual tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Lutfi pun macam dah ghaib je tapi nasib baiklah dia seorang yang memahami. Dia ikut je sambil tolong tolak troli yang penuh berisi dengan luggage tu.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Pada malam harinya…

Harisa duduk di luar seorang diri. Dia menyepikan diri dalam kedinginan malam. Macam berani je padahal dia cuak juga sebenarnya. Huhuhu.

“Hrm… Teringat orang putih dekat sana ke sayang?” sapa Lutfi dari arah belakang. Harisa sedikit tersentak sambil melafazkan istighfar. Alhamdulillah… Syukurlah dia bukan jenis melatah. Tapi, dulu kena tegur juga sebab terkejut sikit je habis doa iftitah dibaca selepas tahmid dan takbir. Kelakar la pula kalau ingat zaman dolu-dolu ni.

‘Haish… Nasib baik la laki aku, kalau tak melambung dia aku kerjakan! Buat terkejut je.’ Bisik hari Harisa. Kalau cakap betul karang ada babak filem touching sesat malam ni.

“Ha’ah… Teringat jiran sebelah rumah waktu duk dekat sana. Bujang lagi tu. Tiap-tiap waktu kan, dia selalu tegur kalau terserempak dengan dia. Peramah betul. Then, tak sangka pula kata dia pun Islam juga.” Hehehe… Kacau lagi aku time-time macam ni. Nasiblah bang oit boleh bini perangai gila-gila macam ni.

“Oh… Apa lagi?” Tanya Lutfi sambil buat-buat tersenyum. Nasib baik malam kalau tak malu je Harisa perasan. ‘Control… Control… Cool Lutfi. Jangan mudah melatah. Wife hang yang duk depan hang ni. Bukan sapa-sapa kay.’ Pujuk hati Lutfi.

Bro, dia kata kalau Risa tak kahwin lagi dia nak masuk meminang. Tapi, nasib baiklah kan Risa dah kahwin dan…” Kata-kata Harisa dibiarkan tergantung. Biar ada thrill sikit.

‘Eleh, nak control konon. Ingat lampu jalan depan rumah mereka tak berfungsi agaknya. Lampu tu, on time je, kerja dia menyala. Dari dulu sampai sekarang macam tu. Tak berubah! Eh, apasal tiba-tiba masuk bab lampu jalan ni. Ingat TNB ke nak kira nombor tiang dan segala bagai benda alah tu. Tapi, bila difikirkan semula kesian la pula dekat hubby tersayang aku ni. Harisa, ingat hadis Rasulullah kata apa ye!’ fikir Harisa.

“Dan…”

“Dan… Dia kata lagi. Risa beruntung sangat bersuamikan Syed Muhammad Harith Lutfi Al-Ikhwan ni kerana masih izinkan Risa habiskan Master dekat sana. Alhamdulillah, suami Risa seorang yang memahami. Dia kata kalau sesetengah orang tu, susah dah nak buat macam apa yang abang buat. Sayang wife la katakan. Kena dekat-dekat selalu. Hahaha…”

“Siapa gerangan kawan Risa tu ye?” Tanya Lutfi tiba-tiba. Giliran Harisa pula tersentak. ‘Don’t tell me yang my beloved hubby nak cari mamat tu!’

“Erm… Kenapa nak tahu?” Tanya Harisa kembali lambat-lambat.

“Saja je. Kalau ada rezeki, abang nak say thank you sebab sedarkan wife abang kata dia dah berlaki. Si… Adoi!!! Sakitlah sayang.” Jerit Lutfi sambil mengaduh. “Tangan wife abang dah jadi ketam. Sampai hati ketam tu ambil tangan wife abang. Oh… Ketam! Di manakah engkau? Pulangkan kembali tangan wife aku… Pulangkan”

“Abang…!!!” getus Harisa, geram. Melalut pula dia. Ingat ni kisah dia ke apa. Suka-suki je bermaharajalela dalam story aku. Nak kena brainwash ni.

“Ye sayang. Kenapa? Dah ngantuk ke?” usik Lutfi. Dia tahu benar tahap mana kesabaran isteri kesayangannya itu. Pantang jentik hot topic. Boleh la tengok muka cute dia yang sebenar-benarnya. Pelikkan! Makin dia marah, makin cute jadinya. So, itulah hobi terbaru Lutfi kalau Harisa ada depan mata. Semua ni sebab Harisa dulu sebenarnya seorang yang sangat pendiam.

“He… He… He… Malam ni abang tidur dekat luar ek!” Ujar Harisa lambat-lambat sambil buat-buat tersengih. Ada juga sengih buat-buat kan? Nasib baik tak ada sengih yang diambil. Paling best, satu-satu suku kata dia asingkan.

“Comel sayang gelak macam tu. Sweet je! Nak buat iklan untuk ubat gigi ke. Cakap je sayang nak company yang macam mana? Safi? Mukmin? Codomo Lion pun boleh kalau sayang nak. Nanti abang boleh tolong arrangekan. Hahaha…” Usai berkata, Lutfi terus bantai gelak. Dia langsung tak hirau muka tak ada riak isterinya itu. Macam tak faham-faham je erti pandangan mata kuyu itu. Eh, kuyu ke?

“Ti… Dur… Lu… Ar… !!!” ujar Harisa tanpa nada. Dia terus melangkah masuk tanpa menghiraukan Lutfi di belakangnya yang dah berhenti ketawa tapi masalahnya dia masih tersenyum. Itu yang buat Harisa bertambah bengkek sangat.

“Sayang… Don’t you miss me? Hug? Kiss?” kata Lutfi lagi. Kali ini diseriuskan mukanya agar tidak terkantoi.

“Urgh… Cerdik, diamlah!!! Lantak ar dengan semua tu. Tak hairan la!” Kenapa la dia ditakdirkan dengan orang yang selalu kacau konsentrasi dia selaku seorang perempuan? Nasib badan… Lutfi ketawa lagi setelah mendengar jawapan itu. Lagi dan lagi… Dia terlupa agaknya yang isterinya itu sebelum berubah jadi pendiam dulu memang seorang yang heartless.

Oleh yang demikian, dengan selamatnya pada malam itu dia terpaksa tidur dalam kereta BMWnya kerana Harisa terus menyelak kunci dari dalam rumah apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah. Nasib baiklah dia tak kunci lagi pintu kereta tu kalau tak, tak tahulah dia nak tidur di mana. Ngeri betul kalau nak difikirkan semula. Haih… Nasib baik jugalah dia beli kereta BMW walaupun masih hutang lagi beberapa ribu!



Sekali lagi dia dikejutkan apabila keesokkan paginya dia dikejutkan Harisa yang telah bertelekung. Dah la telekung tu putih, muka pula bersih je. Mahu ke dia tak ingat kata Harisa dah ‘pergi’ tinggalkan dia. Sampai meraung-raung dia nangis sambil peluk Harisa minta Harisa stay dekat sisi dia. Mula-mula tu nampak macam Harisa bengang je sebab dia tak suka orang peluk dia tapi lepas dapat  detect apa yang dituturkan oleh Lutfi. Dia pula yang bantai gelak habis-habisan. Sampai keluar air mata punyalah seronok boleh gelakkan orang. Isy… Isy… Isy… Ada ke patut?

Sejak saat itu, setiap kali Harisa nampak muka dia je, dia mesti senyum. Dah faham sangat dah. Tak lain tak bukan, gelakkan dia la tu. Namun, dia suka melihat tawa pada riak wajah isterinya itu sebab ada lesung pipit yang tersembunyi di sebelah kiri. Sama seperti dirinya juga. Tambahan pula, ramai kawan-kawannya memuji yang mereka berdua hampir seiras dari segi paras rupa. Itulah yang sentiasa mengembangkan hatinya lalu menjadikan Harisa sebagai permaisuri hatinya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++






Love, Live, Learn

Saturday 5 April 2014

Keserasian 12 Zodiak

Keserasian di antara zodiak..

SCORPIO
#google

Kekasih : Cancer, Pisces, Taurus

Teman : Capricorn, Virgo, Scorpio

Rakan Sekerja : Aries, Sagittarius, Gemini

Musuh : Leo, Aquarius, Taurus


AQUARIUS
#google

Kekasih : Libra, Gemini, Leo

Teman : Sagittarius, Aries, Aquarius

Rakan Sekerja : Virgo, Cancer, Pisces

Musuh : Scorpio, Taurus, Leo


TAURUS
#google

Kekasih : CapricornVirgoScorpio

Teman : Cancer, PiscesTaurus

Rakan Sekerja : Libra, Sagittarius, Gemini

Musuh : Aquarius, Leo, Scorpio


GEMINI
#google

Kekasih : Aquarius, Libra, Sagittarius

Teman : Aries, Leo, Gemini

Rakan Sekerja : Taurus, Capricorn, Scorpio

Musuh : VirgoPiscesSagittarius




CANCER
#google

Kekasih : PiscesScorpio, Capricorn 

Teman : VirgoTaurus, Cancer

Rakan Sekerja : Aquarius, Leo, Sagittarius

Musuh : Aries, Libra, Capricorn 




VIRGO
#google

Kekasih : Taurus, Capricorn, Pisces

Teman : Scorpio, CancerVirgo

Rakan Sekerja : LeoAquarius, Aries 

Musuh : Gemini, Sagittarius, Pisces


PISCES
#google

Kekasih : Scorpio, Cancer, Virgo

Teman : Capricorn, Taurus,  Pisces

Rakan Sekerja : Aries, Leo, Libra 

Musuh : Sagittarius, Gemini, Virgo




LEO
#google

Kekasih : AriesSagittarius, Aquarius

Teman : Gemini, Libra, Leo  

Rakan Sekerja : CapricornVirgoPisces 

Musuh : Scorpio, Taurus, Aquarius




ARIES
#google

Kekasih : LeoSagittarius, Libra

Teman : Aquarius, Gemini, Aries 

Rakan Sekerja : VirgoScorpioTaurus

Musuh : Cancer, Aries, Libra


LIBRA
#google

Kekasih : Gemini, Aquarius, Aries

Teman : LeoSagittarius, Libra   

Rakan Sekerja : PiscesTaurus, Scorpio

Musuh : Capricorn, Cancer, Aries


SAGITTARIUS
#google

Kekasih : Aries, LeoGemini

Teman : Aquarius, Libra, Sagittarius  

Rakan Sekerja : Capricorn, Cancer, Taurus

Musuh : Virgo, Pisces, Gemini


CAPRICORN
#google

Kekasih : Virgo, Taurus, Cancer 

Teman : Pisces, Scorpio, Capricorn  

Rakan Sekerja : Aquarius, GeminiLeo

Musuh : Libra, Aries, Cancer







Love, Live, Learn

Wednesday 19 March 2014

S.O.S ( hospital )

Ehem.. Ehem..

Cerita ini tidak berkenaan dengan mana-mana sos terutama sekali sos cili, sos tomato, sos tiram dan lain-lain sos lagilah... Bukan juga sos topup tu ye. Hehehe


Kalau nak ikut hati nak berblogger ni, lambat lagi... Nak tunggu lepas saat-saat genting dulu.
Alang-alang dah hilang.. biarlah perlahan-lahan juga aku hilang... 
Aku tak adalah nak taip panjang berjela-jela...
Tak berkemampuan lagi ni. 
Redha je dengan nasib hidup sendiri. 
Bersandar pada qada' dan qadar Allah SWT. Insya Allah...

Hmm.. Tak tahulah cam mana nanti.
Banyak benda terlintas dalam fikiran aku...

Kelmarin.. Aku admitted hospital jap.
Bahagian Kecemasan..
Dah makin teruk dah waktu tu.
Aku ingat sakit biasa... Tak sangka nak melarat teruk. Hahaha


Siap kena marah lagi sebab tidur.. Hoho.. No choice. Aku makan ubat waktu tu.
Muka da bengkak kemain lagi... Aku ni antara dua je kalau bengkak muka.
  • Tidur
  • Penyakit
Masa okie.. Pelik juga sebab kena tegur muka bengkak teruk sangat. Kalau tidur ni susah sikit la nak bengkak teruk-teruk. Dalam hati dah terdetik da.. "Ahh.. sudah!! Lantak hang la nak jadi apa pun. Malas pikir." 
Tak lama lepas tu... Slowly, aku sakit balik. Lagi teruk dari tadi. Dari pagi aku sakit... tak mau lega-lega. Dalam hati da fikir cam-cam da.. Allah je yang tau cam mana. Dengan tak makan apa lagi. Memang dah lembik dah la.

Masa tu... Baru mak aku ajak gi klinik bayar. (baru tahu) ^^
Sebelum pergi tu... kena la motivasi percuma sebab tak gitau awal-awal yang aku sakit kuat. Petang dah kan waktu tu. Tau pun pasal aku baru minta ubat lain lepas ubat yang aku duk makan tu tak bagi kesan.
Aku??? Nak kata apa.. Tengah sakit.. Duk guling-guling je la atas lantai. Duduk tak boleh, baring tak kena, jalan pun tak sesuai juga.. Laz sekali... Lantai la senang. Tengah sakit...

Yang tau aku sakit dari pagi tu sorang ja... Kak ipar aku! 
Masa keluar nak gitau mak ayah masa sakit pagi tu, macam-macam aku duk fikir. Laz sekali, aku batalkan niat aku tu. Sakit sikit pun nak buat teruk~ 

Aku fikir apa yang orang kata... Sakit pun sakitla..

Tau je cerita tu dek mak aku, lagi bertambah hangin dia... Hoho
Betapa banyaknya dosa aku haritu... Ampun!!!

Aku sambar dompet dengan Samsung tu je masa nak gi. 
Tak larat da... Kalau nak ikut, nak bawa diri ja...
Masuk je kereta, terus tergolek kat belakang. Sakit pun makin mencengkam je. Nak bernafas pun tak lepas. Elok aku ubah kedudukan, banjir! Air tumpah pula. Strez tahap tak hengat da... Da sakit punya pasal. Lantakla.. Nak cakap pun tak larat dah. 

Sampai Jejawi... Cari klinik pula tak jumpa.
Klinik tu pun.. Tak dan-dan nak pindah. Time aku sakit juga...
Laz sekali, Klinik Adnan tu lah. Nak cepat... Aku pun makin lama makin teruk da.
Pengurusan semua mak aku yang buat. Nak jalan pun tak mampu da. Dia la papah aku keluar masuk klinik. Baju basah lencun da banjir dalam kereta tadi.

Klinik Adnan...

Masuk klinik, duk sat pastu terus jumpa Dr Adnan. Tak ada orang kan... Hehehe
Aku yang duk kat kerusi tepi Dr tu da macam tidur da atas tu. Sakit punya pasal!
Check up... Masa nak bagi ubat tu.. Dia kata teruk sangat dah ni. Dia suruh mak aku bawa gi hospital terus. Bahagian Kecemasan. Duit pun tak ambik. Alhamdulillah... Moga Allah SWT balas kebaikan Dr tu!

Aku nak jalan keluar memang tak boleh dah! Kena papah... 
Sampai kereta, tukar tempat duk depan.. Mak aku duk belakang.
Dia kata kat belakang basah teruk. Air mineral tumpah!

Aku memang da tahap kritikal da. Buka mata pun tak mampu. Mak aku je duk ampu dari belakang.
Dalam hati, redha je kalau apa-apa jadi. Tak tahan sakit camtu..

Jabatan Kecemasan HTF

Sampai-sampai je, keluar dari kereta terus jururawat lelaki tu bagi kerusi roda. 

Mak aku buat pendaftaran! 
Jururawat tu hantar aku gi kaunter pemeriksaan awal. 
Tunggu turn pula.. Da ada orang tengah duk check up
Cam nak bangun jalan sendiri je.. Suruh cepat sikit check. Sakit-sakit pun hangin lagi aku ni. Huhu

Bila tiba turn aku tu, Dia check tekanan darah, nadi apa semua... Guna satu mesin yang complete je pun. Tu yang tahu habis. Hohoho

Tak cakap banyak, dia suruh masuk ward separa kritikal. Masuk-masuk tu, baring atas katil kejap.
Bau hospital... 
Terus uwekk.. Nasib boleh agak, sempat prepare plastik.

Lepas tu, Dr dengan sisters pun mai la.
Tanya pasal sakit aku ni. Sambil-sambil tu, ambik darah.
Then, dia bawa gi scan... Tengok apa masalah.
Balik dari tu, buat urine tez!

Dan, dari situ aku detect something goes around. But, let it go... Don't wanna keep it in mind!

Alhamdulillah.. Aku pelan-pelan okie. 
Dr  pun  tinggal masukkan air je... Lepas tu, rez


The rez is history... XOXO





Pray... for me... For tomorrow check up! Aku kena refer bahagian pembedahan... Tapi harap2 xda palah...^^






Love, Live, Learn

Sunday 16 February 2014

Seek for a JOB... ^^

Tadaa...

"uhuk.. uhuk.." banyak sangat sawang dalam ni. Hehehe

Da lama tak tulis entry kan.. Memang patut bersawang pun. Hohoho

Anyway.. kali ni tak ada la nak tulis panjang berjela-jela sangat...

Nak kongsi pengalaman kena interview je. (Pengalaman la sangat~~~ hahaha)


Dulu masa kena interviuw nak masuk sekolah menengah.. Tak adalah teruk sangat kan..
Nama pun interviuw belajar.. Sekarang... Nak pilih course kat uni pun ada interview tau!
Kalau untuk sponsor tu.. tak tahulah cam mana. Tak pernah hadapi lagi. Tapi.. kedepan2 pi mana lah tau kot ada rezeki kan.. Hehehe.. Insya allah. Amiin.. 

Baru-baru ni... Aku adalah gi satu interview terbuka ni. Non-government.
Hmmm... Alhamdulillah.. Everything's going to be fine. 
Mujurlah tak kena nombor belakang2... Kalau tak.. balik malam la aku.
Masa abang aku keluar petang tu... dia kata ramai lagi kat tempat temuduga tu padahal da petang sangat da. Kesian diorang... Tapi seyesla... Memang ramai gila. Aku ni pun terpaksa la mengeraskan diri kat barisan masa nak mendaftar pagi tu. Dahla yang menghimpit tu lelaki. Nak je aku lesing sorang2.. Tahulah kata aku ni 'besar' sangat kan... Tapi toksah la nak menghimpit... Haih... Geram pula bila teringat.

Nak mengharap kerja tu tak adalah cuma aku realizes satu benda...
Banyak orang yang jobless.. Even ada degree, diploma pun sanggup pergi interview untuk jawatan kerani, posmen dll. Speechless jugalah aku tengok diorang2 tu. Macam manalah time aku nanti.

Kat situ... kira cam aku ni nampak budak2 lagilah kat tempat tu. Sampai interviewer tu pun kata aku muda lagi. Muahahaha... Tak kisah pun... Aku mencari pengalaman.. Kena berani mencuba, betul tak??

Bila kita pilih sesuatu jalan... Jangan pernah gentar untuk melaluinya. Manalah tahu Allah SWT akan hadirkan hikmahnya disebalik semua tu nanti. Choice is in our hand! Not others hand... Hehehe



#now, aku da jumpa da pekerja baru tu. Haha... Mak aku puji pak cik tu. Hensem! Hohoho



Love, Live, Learn

Thursday 23 January 2014

Selingan

Simple tapi harap padatla...
Err... tapi juga bukan bermakna yang aku nak kata dekat sesiapa pun.
Sebenarnya entry ni lebih kepada selingan untuk diri sendiri je.

Sesiapa pun ada cerita tersendiri bukan...
Termasuklah aku ni... Tambah2 pula aku ni perempuan.
Lagilah... Full of emotions!
Tetiba lapar... Hehehe


Macam yang selalu kita tahu...

Cakap pasal kenangan je... Mesti perempuan juga yang akan touching lebih kan... Hehehe
Termasukla aku...
Masa tu... mesti diorang ni akan ingat balik dari zaman tadika sampailah sekarang...
Perempuan kan... Tak mustahil tu!!!

Anyway...

Siapa tak nak hidup yang sempurna... SEMUA orang nak.
Terutama sekali dari segala segi.
Tapi!!!
Macam mana pula kalau hidup korang tak seperti yang korang impikan. Mesti korang akan blame orang lain sebab buat korang jadi camtu... kan...
Tak tahulah tapi mesti korang akan ada alasan sendiri lah... mungkin~~~

Pada aku... Aku tak suka benda yang susah. Terutama sekali yang memerlukan critical thinking. Lagi simple lagi bagus... Tapi... Ada masa juga sikap kesederhanaan itu nampak bagus. Takkan semua benda nak cincai2 kan.

Kadang-kadang... kita selalu persoalkan tentang kesusahan kita sedangkan ada je orang yang lagi susah dari kita. Tak bersyukurkah kita dengan nikmat itu??? 'akulah tu... huhu'

Hidup ini perlu pengisian... Macam kita tulis cerita.
Kita adalah penulis kepada cerita kita tu... Kita yang coret segalanya...
Dan.. Sudah semestinya kita nak yang terbaik untuk cerita kita tu kan. Takkan tetiba tengah syok2 adegan romantika de amoure tu terus tetiba tukar jalan cerita jadi tragedi yang penuh tragis. Ada sesiapa yang nak ke???

Tak perlu ambik contoh jauh2... Kita tengok diri kita sendiri.
Bukan nak bangga diri... Sebagai contoh...
Selama aku mendiamkan diri ni...
Banyak benda yang aku fikir sampai aku tak sedar.
"Aku dah berubah... to the worst part..."
"Betul ke ini yang aku nak... yang aku cari selama ni???"
"Bahagia ke aku camni???"
Hidup aku turn upside down... Aku pun tak tahu sejak bila... Hoho
Sesiapa pun camtu tapi kalau korang jaga apa yang korang sepatutnya jaga...
Insya Allah... Semuanya akan baik. All iz well!!! ^^
Syukran @ Thanks utk kawan2 yang selama ni sudi disamping aku... Menyokong la sangat kan... hehehe
Nak buat special thanks utk orang tu tapi takpa la.. Karang kembang setaman pula... Kan Miss R... Hehehe

Satu je yang aku nak korang kat luar sana buat...
Dalam 24/7... Ambik masa... muhasabah diri.
Selama kita leka dengan lalai ni... kita sedar tak apa yang kita dah buat dan apa yang kita dah bazirkan.
Peluang takkan datang berkali-kali...

Dan... Pesanan penaja untuk entry yang bajet macam seyes sangat ni...

DENDAM itu tidak baik untuk diri anda!

Sekian... I heart uolls!!!

Love, Live, Learn

Sunday 19 January 2014

Untuk Yang Tersayang

Halluu uolls~~~  ^^

Entry kali ni insya allah akan diulas sehabis ringkas sahaja ye...
Bukan tak ada idea tapi sekali mengulas bukan nak ingat dunia dah aku ni.

Ha... 

Kali ni biarlah hasil kerja aku pula yang jadi tukang ulas kat sini.
Simple tapi mesej tu harap sampai lah kat yang tersayang sekalian tu.
Yang ni tak ada adegan 'sensor' mahupun adegan yang perlukan jeritan 'aaaaa!!!'...
So semuanya selamat untuk ditonton oleh sang penonton.. Tak ada 18SX punya scene! Hehehe

Anyway... Kalau tak bez tu... Redha jelah ek. Hehehe



#bila baca entry ni banyak kali.. boleh salah faham aku... Haha


Love, Live, Learn

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba