Monday 19 August 2013

Salam Aidilfitri

Setelah Ramadhan berlalu, Syawal menjelma memunculkan diri...

Amacam puasa tahun ni? Ada perubahan...???
Alhamdulillah... Aku ada sikit perubahan tu. Tapi tak banyak la.
Anyway... this is what I want to wish to all of my relatives around the world. Minta mahap lambat sangat wish kat sayang2 semua.


Menjelang raya ni... aku dapat satu sad news! Kawan lama aku yang sekolah rendah dolu2 tu meninggal...
Gila la kalau kata aku tak terasa kehilangan... sedih... Tambah pula aku pernah sayang dia. Aku ada jumpa dia balik masa form 5. Tapi, memandangkan semua orang berubah jadi aku tak cam dia sangat and for sure dia pun dah tak kenal aku dah...

Memandangkan aku tersangat sedih... Aku pun mengadu la ke abang sayang aku tuh. Macam tahu2 je arwah kawan aku tu lelaki. Dia nasihat je waktu tu. Tak kenal kan...
Tapi malam masa kak aku balik Perlis. Tetiba dia tanya pasal arwah kawan aku tu. Dan tetiba juga dia tau detail cerita macam mana kemalangan tu terjadi. Dia kata ayah kawan aku tu kawan kepada ayah dia. Baru tahu cerita pasal kemalangan tu malam tu juga... Sungguh tak kusangka! Tapi, tak hairanlah kalau ramai orang tahu. Masuk paper do... Aku sorang je yang batak tak tahu. Itupun nasib baik si Nurul text ke aku. Kalau tak, sampai sekarang la aku duk ingat ke dia. Huhuhu... Patutlah aku selalu ingat dia waktu tu... Rupanya ada benda nak jadi... Innalillah hi wainna ilaihi rajiun...

Sesungguhnya dari Allah SWT kita datang, kepada DIA juga kita kembali.

Raya kali ni pun... Mode aku nak beraya cam kurang sebab dengar berita2 yang camtu. Tahun lepas... Wa. Tahun ni, kawan... Macam tengah menghadapi tahun2 kesedihan je...

Dahlah... Tak mau tulis dah. Orang happy2 beraya aku pula duk sedih sorang. Buat kacau mood raya orang je kan...


Sebagai pengakhir kata... segala salah silap buat anda yang mengenali saya sama ada di sini ataupun di dunia realiti. Saya ucapkan Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin... Love uollsss... mmuah... Hehehe..





Love, Live, Learn

Friday 2 August 2013

Apabila tidak boleh melayari internet...

Tindakan yang bakal diambil bila tak dapat nak melayari internet... 

Aries


Dalam keadaan terdesak, Aries mungkin akan menggunakan wayar yang disambungkan pada CCTV, kemudian cuba pasang pada komputer.

Taurus


Bagi Taurus, keperluan melayari internet tidaklah terlalu tinggi. Sekiranya tidak dapat melayari internet, maka Taurus lebih rela mengira wang dalam tabungnya. 

Cancer

Cancer lebih mengutamakan keluarga berbanding melayari internet. Dia rela mengemas rumah, memasak, dan mencuci pakaian untuk ahli keluarganya.

Gemini

Gemini yang sangat prihatin dengan informasi terkini pasti tak boleh tahan dengan hari yang tidak dapat melayari internet. Mereka pasti akan menelefon pihak yang berkenaan untuk mengetahui sebab tidak dapat melayari internet.

Leo

Sekarang tidak boleh melayari internet tidak mengapa. Tapi apabila aku dah jadi pengurus besar, pasti ada orang yang boleh menolong aku menyelesaikan masalah ini.

Virgo

Virgo pasti tidak dapat tahan dengan wayar2 yang menyambungkan komputer untuk melayari internet. Ini adalah kerana wayar2  ini akan menjejaskan rumah/bilik Virgo. Ia akan membuat Virgo tidak selesa dengan wayar2 ini.

Libra

Libra suka chating, maka sekiranya di rumah tidak dapat melayari internet, Libra sanggup pergi ke Cyber Cafe semata-mata untuk chating dengan kawannya.

Scorpio

Oh... Hari ni tak dapat melayari internet... Tak mengapa. Telefon juga boleh menghilangkan bosan! Bolehlah berbual di telefon dengan kawan!!!

Sagittarius

Bagus! Ada alasan untuk keluar rumah lagi!

Capricorn

Capricorn langsung tidak mengambil berat sama ada boleh melayari internet ataupun tidak. Capricorn menganggap hal ini tidak penting untuknya.

Aquarius


Tak boleh online?! Tidak mengapa! Dengan adanya kecanggihan teknologi, tidak semestinya nak gunakan komputer melayari internet, telefon bimbit juga boleh melayari internet.

Pisces

Melayari internet? Buang masa saja. Pisces lebih rela menulis puisi, sajak atau sebagainya daripada memandang komputer.



Love, Live, Learn

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba