Friday, 2 August 2013

Apabila tidak boleh melayari internet...

Tindakan yang bakal diambil bila tak dapat nak melayari internet... 

Aries


Dalam keadaan terdesak, Aries mungkin akan menggunakan wayar yang disambungkan pada CCTV, kemudian cuba pasang pada komputer.

Taurus


Bagi Taurus, keperluan melayari internet tidaklah terlalu tinggi. Sekiranya tidak dapat melayari internet, maka Taurus lebih rela mengira wang dalam tabungnya. 

Cancer

Cancer lebih mengutamakan keluarga berbanding melayari internet. Dia rela mengemas rumah, memasak, dan mencuci pakaian untuk ahli keluarganya.

Gemini

Gemini yang sangat prihatin dengan informasi terkini pasti tak boleh tahan dengan hari yang tidak dapat melayari internet. Mereka pasti akan menelefon pihak yang berkenaan untuk mengetahui sebab tidak dapat melayari internet.

Leo

Sekarang tidak boleh melayari internet tidak mengapa. Tapi apabila aku dah jadi pengurus besar, pasti ada orang yang boleh menolong aku menyelesaikan masalah ini.

Virgo

Virgo pasti tidak dapat tahan dengan wayar2 yang menyambungkan komputer untuk melayari internet. Ini adalah kerana wayar2  ini akan menjejaskan rumah/bilik Virgo. Ia akan membuat Virgo tidak selesa dengan wayar2 ini.

Libra

Libra suka chating, maka sekiranya di rumah tidak dapat melayari internet, Libra sanggup pergi ke Cyber Cafe semata-mata untuk chating dengan kawannya.

Scorpio

Oh... Hari ni tak dapat melayari internet... Tak mengapa. Telefon juga boleh menghilangkan bosan! Bolehlah berbual di telefon dengan kawan!!!

Sagittarius

Bagus! Ada alasan untuk keluar rumah lagi!

Capricorn

Capricorn langsung tidak mengambil berat sama ada boleh melayari internet ataupun tidak. Capricorn menganggap hal ini tidak penting untuknya.

Aquarius


Tak boleh online?! Tidak mengapa! Dengan adanya kecanggihan teknologi, tidak semestinya nak gunakan komputer melayari internet, telefon bimbit juga boleh melayari internet.

Pisces

Melayari internet? Buang masa saja. Pisces lebih rela menulis puisi, sajak atau sebagainya daripada memandang komputer.



Love, Live, Learn

No comments:

Post a Comment

Salam Alaykum...
Komen2 ar kat sini...!

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba