Sunday 15 December 2013

Berubah

Yuuuhuuuu~~~
Keep thinking!!
Alhamdulillah... I'm back! Rindu cheq tak uolls???*nada getik*

Hehehe.. Muncul-muncul je dah buat onar kat sini...
Nampak tak betapa aku rindu sesangat untuk berblogger!!!
Selama ni sempat ushar-ushar blog orang je weh...
Tak sempat nak meluahkan apa yang terpendam dalam... otak aku ni..

Anyway.. I tak getik lagi tau~~~ Masih ada iman tersemat dalam diri.
I'm still the old COOLEST one... ^^,
No heart2 feeling ma...
Kalau aku dah terlain sikit tu, maknanya ada problem dalaman la tu...
Itu yang weng2 pelik... Tapi.. Insya ALLAH... All is well...


Entry kali ni bukan kerkisar berkenaan belon dalam gambar kat tepi tu, 
bukan juga tentang awak yang sedang membaca apa yang telah saya tulis di sini tapi...
Sudah jelas lagi nyata yang saya ingin menulis tentang tajuk entry kali ini iaitu "BERUBAH" atau lebih tepat lagi kata dasarnya adalah 'UBAH'... 
Dalam hati~~~ Berani kacau aku...
tahulah nasib korang nanti..

Wallaweh~~~ Dah macam nak berdebat dengan orang je aku ni... 
Tapi, jangan risau... Saya bukan berdebat dengan ANDA!
Hal ini juga tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah kembali kepada-Nya. 

Actually, aku juz nak ingatkan tentang satu benda simple yang selalu kita buat tapi kita tak sedar yang kata-kata dan perbuatan kita tu telah menyakiti hati orang lain... Memandangkan 'tragedi' ni semakin kerap terjadi maka aku pun memilih untuk tulis tentang tajuk ni.
Baik tak aku...??? Hahaha..*kening double jerk*
(Haih... melalut lagi aku ni!!!)

Okie... Sekarang sila tukar channel ke seyes pula ye! Ini serius...

Kita tak sedar bila kita berdepan dengan orang... apa reaksi kita dengan orang dan apa reaksi orang terhadap kita.
Sebelum melakukan sesuatu... better ask urself first before u do it! (Perghh... speaking london aku malam ni...) 
Pakailah minda/akal yang Allah SWT bagi tu. Jangan main hentam kromo je...

Sebab ini jugalah, sebelum cakap pun kita kena fikir dulu apa yang kita nak ungkap. Yang jadi pendengar... bukan kita tapi orang lain iaitu orang yang senantiasa mendampingi diri kita. Bukan pakai main redah je.. Ingat na... hang bukan nak duk hidup sorang-sorang atas muka bumi ni.. Kita hidup sebagai khalifah atas muka bumi ni nak sama-sama memimpin diri ke jalan yang benar iaitu titian sirotul mustaqim. Bukan menyesatkan diri sendiri lagi. Mari kita renungkan surah Al-Fatihah beserta terjemahan.

Di sini, aku nak fokuskan kepada ayat 6, surah Al-Fatihah.


Aku huraikan sedikit sebanyak kaitan perkara ni dengan jalan yang bakal kita pilih bukan kat dunia sahaja tapi untuk akhirat juga. Sebab tu jangan duk pandang remeh sangat benda ni na... Melibatkan masa depan kita kat akhirat nanti ni. Kalau tak mau ubah juga sikap-sikap negatif tu, jangan menyesal kemudian hari la...
Kat Padang Mahsyar nanti, larat ke hang nak kejar dia semata-mata nak minta ampun kat dia.

Buatnya ada athma, tak pasal-pasal athma kat situ juga... Hehehe.

Sepanjang kita hidup ni, ada dua jalan je.. Jalan-jalan tu adalah jalan yang lurus dan jalan yan sesat. Tak ada kepala jalan, kepala batas, simpang tiga, simpang empat and so on..

Majoriti sudah tentulah memilih untuk mengikuti jalan yang lurus iaitu jalan yang Allah SWT redhai.. Insya Allah... Takkanlah nak pilih jalan yang tak sepatutnya pula.

Aku takkan mentionkan banyak benda sebab inisiatif diri sendiri. Hang kenal diri hang macam mana. Orang lain tak tahu hang yang sebenar cam mana. Fikir-fikirlah... Kalau orang tegur, jangan tarik muka macam kena lenyek dengan bulldozer tu sebab orang yang tengok hang pun rasa cam nak lenyek hang lagi sekali dengan bulldozer tu... Action speaks louder than ur words my dear... 

Kepada si penegur~~~ Saya mohon, merayu sangat-sangat... Nak tegur biarlah kena gayanya. Nampak dia buat salah je... terus tegur on the spot tak tengok kiri kanan dah.. Main serang je.. Kau rasa kalau camtulah gaya kau tegur orang, agak-agak dia nak ikut ke??? Tambah-tambah pula kalau kau buat salah boleh... orang lain tak boleh pula.. (Teremosi sikit)

Islam ni indah. Ada cara nak tegur orang.. Tegur tu biarlah berhemah.. bijaksana.. Jangan main hentam kromo je...

'Berubah' kat sini... boleh jadi macam-macam benda. Sama ada dari segi lahiriah mahupun batiniah... Semua tu aku sampaikan dalam bentuk general... Bukan Jeneral ye...! Jenuh kalau nak senarai satu-satu... Aku pun dalam proses wei. Bukan nak kata yang aku ni baik tapi tak salahkan kalau aku ajak korang join aku untuk menuju ke arah kebaikan dan tinggalkan kemungkaran. Amar makruf nahi mungkar! Aku pun honaq juga dulu weh... Nak habaq lebih-lebih pun tak pandai sangat... I'm not standing in ur shoes so pandai-pandai la... Korang dah mumaiyiz... dah baligh lagi... of course la dah boleh beza baik dengan buruk tentang sesuatu benda... Betul tak??? Korang create jalan cerita korang sendiri...

Yang PENTING, kalau kita rasa apa yang kita buat tu baik, tak mengundang fitnah sekeliling malah baik yang terlalu baiklah untuk diri kita, agama kita, masa depan kita... Abaikan apa yang orang sekeliling cakap... Tak nak ke pahala free??? Hehehe. Allah SWT sayang kita sebab tu dia uji cam tu... Ingat ye... Jadi diri sendiri! Mulut orang bukan boleh tutup...





Love, Live, Learn

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba