Thursday 17 October 2013

Weee... Hari Raya Haji... (AidilAdha)

Ha... Kali ni kita nak bentang sikit pasal Hari Raya Haji aka Hari Raya Korban.
Officiallynya pla kita panggil Aidiladha. Masa ini tersangatlah bermakna buat jemaah2 haji di Tanah haram Makkah. Aku adalah dgr2 yg kita spatutnya sambut hari ni lagi meriah dari hari raya puasa. Yelah, hari raya haji ni tak lah semeriah hari raya puasa. Boleh nampak sangat sambutan tu macam mana kan... Tapi, apa2 pun kita kenalah tahu juga tentang benda ni. Sekadar ilmu yang perlu dikongsi bersama.

Pengertian Korban

Istilah :

menyembelih binatang tertentu dengan niat taqarrub kepada Allah SWT pada masa tertentu.

Binatang yg hendak disembelih untuk dijadikan korban ni bukan semua binatang boleh. Binatang yg boleh hanyalah binatang an'am iaitu binatang2 ternakan. Contohnya unta, lembu, kerbau, kambing, dan lain2 lagi la yg namanya binatang ternakan.

Masa tertentu tu pula... kita sembelih pada hari2 yg tertentu je. Kalau untuk korban ni, kita sembelih pada Hari Raya Korban dan 3 hari tasyrik iaitu pada 11, 12, dan 13, Zulhijjah.


Hukum Korban

  • sunat mu'akkad yang berupa sunat kifayah jika ahli keluarga orang yang menyembelih itu ramai bilangannya. Maksud ayat tu kalau dalam bilangan yang ramai tu, jika salah seorang daripadanya yang buat korban ni memadai untuk mewakili semua ahli keluarga.
  • sunat 'ain untuk yang tidak mempunyai ahli keluarga. 

Bentuk Korban
  1. Korban wajib ( Korban nazar )
  2. Korban sunat ( sekiranya tiada sebab dan syarat yang menjadikannya wajib )
Syarat2
  1. Binatang tersebut tidak mempunyai kecacatan yang buruk iaitu yg boleh mengurangkan kuantiti daging atau menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan.
  2. Dibuat pada masa tertentu iaitu pada Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) dan 3 hari tasyrik (11, 12, 13 tasyrik)
Waktu/Masa Korban

Selepas selesai dua rakaat sembahyang raya yang beserta dengan khutbah ringkas setelah naik matahari pada hari tasyrik. Waktu ini berterusan sehinggalah pada hari terakhir tasyrik.
Menurut mazhab Shafi'e, penyembelihan pada waktu malam adalah makruh.

Sepercik Sunnah di Hari Raya Korban

  • mandi di pagi hari sebelum ke masjid
  • memakai pakaian yang terbaik dan memakai minyak wangi

  • memperbanyakkan takbir dari waktu fajar hari Arafah sampai ba'da Ashr pada hari terakhir pada hari2 tasyrik.
  • pergi masjid dengan berjalan kaki.





Love, Live, Learn

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba