Tuesday 25 June 2013

Masjid


Ha.. Nampak tak gambar dekat atas tu???
Kalau tak nampak tu, no komen la. Usaha bagi nampak juga ye... ^_^

Masjid Biru, Istanbul, Turki.
Yang tepi ni nampak sangat kata aku suka tengok cerita Istanbul Aku Datang tu kan... Hehehe.

Back to the main topic...

Bila kita berbicara mengenai rumah Allah SWT... mesti semua orang akan fikir yg masjid adalah tempat beribadat utk orang muslim. Tetapi, janganlah sesekali kita lupa bahawa masjid juga pernah menjadi tempat penyebaran dakwah, pusat kegiatan ekonomi dan juga pusat tersebarnya ilmu pengetahuan  serta untuk kegiatan2 lain pada zaman dahulu... Okie... Sedikit selingan ringkas dari aku!


Selaku umat islam, kita sepatutnya berfikir macam mana kita nak mengimarahkan masjid kita agar pemuda-pemudi di luar sana tidak lupa bahawa mereka masih punya tanggungjawab terhadap sang pencipta. Ha.. Fikir jangan tak fikir.. Dan usahakan sehingga jadi realiti.

Amalan asas apabila berada di masjid
  • Doa masuk masjid
Setelah berselawat atas Nabi saw, bacalah :
"Ya Allah, bukakanlah untukku segala pintu rahmatMU"
Kemudian, tunaikan solat sunat tahiyatul masjid sebanyak 2 rakaat sebagai tanda kita menghormati masjid.

  • Doa keluar masjid.

 Setelah berselawat kepada Nabi saw, bacalah :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU limpahan kurniaanMU"

  • Beriktikaf di dalam masjid 

Ertinya, duduk di masjid dalam suatu masa tertentu walaupun sebentar untuk mengerjakan amalan.
Rukun iktikaf :
-Niat
-SAH, iktikaf dalam masjid sahaja. Jangan dok beriktikaf kat pub pula!
-berhenti sekejap @ lama di masjid.
-Islam, berakal dan mestilah suci dari hadas besar.

  • Membaca al-quran, mendengar ceramah agama, berzikir dan lain-lain.

Lepas ni, jangan pergi masjid saja2 dah. Dekat masjid pun ada adab2 dia juga. Cer amalkan... Boleh tambah pahala!! Hehe.. Beratkan timbangan mizan dengan kebaikan... All iz well!





Love, Live, Learn

Thursday 20 June 2013

Keluarga di... KMP!

Setahun sudah berlalu. Aku pun dah dapat result dah... Bukan senang rupanya jadi pelajar Matrikulasi ni.
Alhamdulillah walaupun waktu final sem 2 hari tu, 'abang angkat'(Abang angkat la sangat..) ada masalah.  I still can do it. Alhamdulillah.. 

Waktu tu, hanya tuhan je yang tahu perasaan aku macam mana. Nasib ada sahabat yang baik... Susah senang sama2 walaupun malu tahap tak hengat da. Call pastu menangis kat dia... What a silly thing that I doesn't want to remember!

Apa2 pun... semoga Allah SWT merahmati dia ('abang angkat') di sana.

Sekarang ni, tak mo sedih2 dah. Baca tak tajuk kat atas tu..???
Ha... Ni yg nak kelola sikit ni. Tetiba rasa rindu pula keluarga aku masa tu.
C1 bilik 302... Generasi 13 sesi 2012/2013.
Aku tak banyak gambar sangat sebenarnya... Huuu...

Keluarga aku yg ini ada 4 org semuanya... termasuklah aku!

Aku & Eida...
Zata & Eida
Eida dan Eira...
Dalam bilik aku tu, aku ni dah pangkat ayah da... Mentang2 la nama aku memang ada words tu. Terus diorang gelar ayah kat aku.. Dan.. Yang jadi ibu, Zata. Kakak, Eira dan Adik, Eida. Gambar yang cantik2 ni, masa dinner blok kitorang. Tema masquerade! 

Nampak kan.. Betapa serabutnya aku.. dengan pashmina labuh tu. Lilit 2 kali kot baru nak okie sikit. Haha. Last2... Sekali dengan aku serabut...



Wuu... Depan sekali aku duduk!


Masa ni je.. aku ada. Lepas tu aku pun lesap. Balik blok! Hahaha... Korang nak joget lambak sangat kan. Baik aku balik bilik, tidur. Balik2 tu, room mate aku dah bising2 da sebab aku balik awal sangat. Padahal diorang nak ajak posing satu bilik... Tapi, yelah. Sebut pasal gambar ni je aku dah malas. Aku sebenarnya lagi suka tangkap gambar dari ditangkap gambar. Huuu...





Hohoho... Sampai setakat ni je dulu.. Nanti, bila2 pula aku upload lain gambar2 ni.



Love, Live, Learn

Friday 14 June 2013

Kerana Cinta


KERANA CINTA 3

Hello…” sapa Marsya setelah talian berjaya disambungkan. Rasa macam nak melompat pun ada bila Harisa menjawab panggilannya. Tak sia-sialah duit aku habis malam ni!

“Assalamualaikum...” jawab satu suara. “Ada apa call aku ni? Ada masalah ke?” sambungnya lagi setelah salam yang diberi tadi dijawab oleh Marsya. Pelik apabila menerima panggilan dari Marsya yang beribu-ribu batu jauhnya pada masa ini. Bukan dekat Malaysia pukul 2.00 pagi ke sekarang ni? Kalau tak silap la. Memang betul-betul pelik bin ajaib la minah sorang ni.

“Takkan la nak tunggu ada masalah baru aku nak call hang…” ujar Marsya dengan loghat utaranya. Nak buat macam mana lagi kalau dah mereka berdua ni memang asal utara pun. So tak perlulah nak ber’saya’ dan ber’awak’ pula ye. Hargailah bahasa kita! Hehehe.

“Yelah. Hang tu kan suka sangat menyemakkan masalah hang dalam kepala otak aku. Sikit-sikit mengadu. Ni… Tiba-tiba je hang call aku. Time macam ni pula tu! Hang ni buang tabiat ke apa. Eh, anak angkat aku macam mana? Sihat ke dia?” kata Harisa pula.

“Amboi, anak angkat hang ingat! Aku yang mak kepada anak angkat hang tu tak mau tanya pula. Frust betul siot.” Jawab Marsya. Sengaja.

“Aku tanya pasal hang buat apa. Dengar suara hang pun aku dah boleh agak dah kata hang ni sihat dan bertambah liat. Apa da… dengan anak sendiri pun mau jeles ke.” Usik Harisa. Dia tersenyum sumbing membayangkan wajah Masya yang sedang bengang. Suka sungguh dia menjentik mood ketenangan milik Marsya. Tak kira masa dan ketika kalau mereka berhubung. Apatah lagi kalau Marsya ada depan mata, lagilah giat dia mengenakan Marsya. Alahai... rindunya aku waktu dolu-dolu.

“Hek eleh… Poyo je minah sekor ni. Wei, hang nak balik Malaysia bila? Takkan dah tersangkut dengan mamat sana dah kot…” balas Marsya. Time to revenge!

“Hehehe… Sejak bila aku tumbuh ekor ni??? Haish… Kalau dah angau tu cakap ar. Aku bila-bila masa je boleh balik tapi aku takut hang la yang tak sanggup berhadapan dengan aku tak kira masa. Ye la, aku kan sahabat hang yang ‘tersayang’ bla bla…” bebel Harisa. Sekali bagi chance nak bercakap langsung tak reti nak berhenti. Marsya pula yang termengah-mengah menggantikan Harisa. Aduyai…

“Aku ada benda nak cerita dekat hang ni…” Kata Marsya satu ketika.

“Oh… Dah agak dah. Apa dia?” Jawab Harisa sambil tersengih. Punya la panjang intro nak cerita, nasib baik la aku ni kawan yang memahami. Kalau tak, memang mati minah ni kena peluru berpandu dari mulut aku yang terlebih insurans ni. Adus, kata dekat orang macam la aku ni ‘baik’ sangat! Dua kali lima je aku dengan Marsya ni. Huhuhu... 

“Aku jumpa Rayyan!” Tegas Marsya.

“So… Kalau hang jumpa Rayyan kenapa? Ada apa-apa masalah ke?” Tanya Harisa walaupun dia sudah tahu jawapannya. Saja je nak memastikan. Manalah tahu kot-kot dah berubah hati.

“Hrm… Dia dah lain sekarang ni. Matang tapi…”

“Tapi…???” Hehehe. Suka-suki je menyampuk cakap orang dia ni. Karang ada juga yang kena cepuk.

“Perkahwinan dia tak macam yang aku jangka.” Jawab Marsya sambil mengeluh.

“Hang menyesal ke lepaskan dia?” Tanya Harisa terus-terang. Don’t belok-belok. Tak perlu nak control. Hal perasaan bukan mainan.

“Ish… Tak adalah. Aku redha je dengan semua tu. Maybe semua tu ujian untuk Rayyan. Cuma aku kesian tengok dia…”

“Ehem… ehem… Bahaya kalau selalu kesian ni. Tak lama lagi, hang boleh jatuh dekat dia ni wei.”

“Kalau jatuh, aku bangunlah balik! Hahaha…” gurau Marsya.

“Hahaha… Kalau hang tersungkur pun, aku tak boleh tolong hang dah la ni. Aku kan still dekat oversea lagi ni. Melainkan si Rayyan tu la yang tolong sambut hang. Haish… Tak lama lagi ber’bapa’ la anak angkat aku tu ek.” Usik Harisa pula.

“Hang ni ada-ada je la. Rayyan tu tak adanya mau dekat aku ni.”

“Hek eleh… Poyo je minah ni. Macam mana hang tau? Hang boleh baca hati dia ke? Pada aku la, hang janda dia pula duda. Okey je aku tengok. Dia tu pun bukannya muda lagi dah. Silap ar kalau nak berlagak macam orang bujang. Tak sodar diri namanya tu.”

“Hrm… Tak nak lah aku. Aku seganlah!”

“Hang nak segan pasal pa? Hang tu bukannya bini orang lagi dah. Janda pun, bukannya sebarangan janda. Aku tak kisah kalau hang dengan Rayyan. Senang sikit hati aku ni bila ada orang jaga hang dekat Malaysia.”

“Apasal hang cakap macam tu? Hang dah tak sayang aku dah ke?”

“Banyak la sayang hang. Jenuhla aku kalau lagu ni. Semua kawan-kawan aku nak kena jaga, siap sayang-sayang lagi. Hubby aku tu aku nak letak mana pula?” ujar Harisa. Bagi Marsya, dia tahu yang Harisa sekadar bergurau. Bila pula dia kahwin? Agak-agaklah kalau nak bergurau pun…

“Hahaha… Campak je masuk longkang!”

“Amboi… sedapnya mulut hang kata lagu tu dekat beloved hubby aku. Mentang-mentang la aku sayang juga dekat hang. Duk buat otai pula…”

“Hahaha… Ok la wei. Aku tak mau ganggu kerja hang. Jaga diri tau. Bye!”

“Hrm… Okay. Yang tu tarak hal nyer. Hang pun jangan lupa jaga diri, jaga iman dan jaga hati. Kalau ada apa-apa, call je aku. Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam…” jawab Marsya. Lama juga dia tak berbual dengan Harisa semenjak gadis itu bekerja jauh dari Malaysia. Terasa ringan sikit beban yang ditanggung kali ni. Malam ni bolehlah tidur dengan nyenyaknya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Harisa tersenyum sambil memandang telefon bimbitnya. Kelakar juga bila teringatkan zaman kegemilangan mereka semasa di sekolah duhulu. Tak padan dengan jawatannya selaku ketua tingkatan. Nasib baik la tak jadi ketua murid. Kalau ya, hancur!!! Tanpa membuang masa, dia terus menyambung kerjanya yang tertangguh tadi. Tiba-tiba telefon bimbitnya kembali berdering minta diangkat. Tanpa melihat siapa yang menelefonnya, dia terus menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum…” sapa Harisa sambil tersenyum.

“Waalaikumsalam. Buat apa?” Tanya si pemanggil. Ada senyuman di pinggir bibir. Boleh dengar suara pun jadilah. Dah tak tertanggung rindu dah ni.

“Cakap dengan bro ar ni.” Jawab Harisa selamba. Buat apa nak hipokrit. Buang masa je!

“Oh… Okey! Tapi, abang tak maksudkan yang tu sayang. Kenapa call tadi asyik engage je?”

“Sembang dengan Marsya. Dia call tadi. Dah lama ke abang bangun ni?”

“Lama ar juga. Tapi macam biasa ar, abang buat qiyam dulu tadi bila dah call asyik engage je. Ingatkan bergayut dengan pakwe mana la tadi.”

“Hahaha… Tak layan la bergayut time kerja macam ni. Tak romantik!”

“Hek eleh… Ye lah tu. Bila agaknya dia tu suka jiwang-jiwang? Sebelum ni tak pernah pun.”

“Ada la. Abang Rayyan tak ada cerita apa-apa ke dekat abang?”

“Ehem… Ehem… Hai, siap ber'abang' nampak. Dia tu tua setahun je tau dari abang. Ni yang nak jealous ni. Hrm… Dia tu mana boleh berahsia dengan abang. Abangkan sahabat dia yang terbaik… Ni mesti Marsya pun keluar cerita yang sama juga ni?” duga si pemanggil sambil ketawa. Lawak betullah diorang ni.

“Hrm… Terbaik la sangat. Pandai abang teka. Betullah tu cuma tak boleh la cerita time sekarang. Tengah kerja ni. Abang pun takkan la tak kerja esok so sampai takat ni jelah ek.”

“Ye lah… Nak buat macam mana! Siapalah abang ni dalam hati Risa tu? Ada isteri tapi… jauh je dari abang. Bukan sebarangan jauh pula tu.”

“Hahaha… Abang buat ayat pasrah nampak. Ish, sejak bila abang touching sangat ni? Sebelum ni bukan main kejam lagi gaya.”

“Abang pun ada feel la. Ikut time juga nak kejam. Siapa yang tak sayang bini?”

“Okey, fine! Nanti Risa call abang bila dah senggang sikit.”

“Abang tak kisah pun pasal hal tu. Risa jaga diri ya! Abang tak ada dekat sana untuk jaga Risa.”

“Okey. Roger! Dah la tu. Esok letih pula bila tak cukup tidur. And…”

“And…???”

“I love the way you are…”

“Ah… I love you, dear! Take care. Assalamualaikum.” Harisa menjawab salam yang dihulurkan suaminya di dalam hati sambil tersenyum senang. Bertambah bersemangat untuk menghabiskan kerjanya. Tambahan pula, tugasan yang dilakukannya kini merupakan tugasannya yang terakhir. Selepas ini, bolehlah dia kembali semula ke Malaysia. Tak sabar rasanya untuk kembali ke tanah air yang terchenta.



Eh, ada emel la!’ getus Harisa sendirian pada malam harinya. Tanpa ragu-ragu dia membaca setiap patah perkataan yang telah ditulis. Tapi, ada sesuatu yang menarik minatnya pada penghujung emel tersebut.


Lia nak minta tolong Harisa untuk satukan Abang Rayyan dengan Marsya!
-Kamalia Irdina Iskandar-


“Haish… Diorang ni!” keluh Harisa. Namun, dia tetap membalas emel tersebut untuk pertama kalinya. Sebelum ni bukan tak pernah, tapi biasalah nama pun nak lost contact dengan kawan-kawan. So, tak perlulah nak kasi harapan palsu dekat diorang semua.


Tarak hal ar, Lia. No prob! =)



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Love, Live, Learn

Wednesday 12 June 2013

Renungan untuk diriku yang mudah lupa...

"Ya Allah.. Aku memohon cintaMU dan cinta mereka yang mencintaiMU serta mencintai segala amalan yang mendekatkan diriku kepada cintaMU."


Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud :


Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yg tiada naungan melainkan naunganNYA:



  • Imam yg ADIL


  • Pemuda yg membesar dgn beribadat kpd Allah SWT




  • Insan yg hatinya terpaut pada masjid

  • Dua insan yg berkasih sayang kerana Allah

  • Insan yg diajak/digoda oleh wanita yg berpangkat dan cantik lalu dia berkata : Sesungguhnya aku takutkan Allah

  • Insan yg bersedekah dgn cara yg tersembunyi sehinga tangan kirinya tidak mengetahui apa yg dibelanjakan oleh tangan kanannya

  • Insan yg mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya


(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

*Try to make it simple... ^_^



Love, Live, Learn

Wednesday 5 June 2013

E-Novel : Kerana Cinta

Hai hai hai... 

Ni cerita yang aku tulis bila masa lapang... So, ni nak share dengan korang semua pula. Pasni, boleh la komen tang mana kurang, tang mana kelemahan.. Thus, in future aku tak ulang benda yang sama da. Hehe..




Kerana Cinta 1

Kerana Cinta 2

Kerana Cinta 3

Kerana Cinta 4

Kerana Cinta 5 ~ otw ^^






Love, Live, Learn

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba