Friday, 24 May 2013

Kerana Cinta


KERANA CINTA 2

Selepas beberapa tahun berlalu….
Ouch…!!!” jerit Rayyan. ‘Aduh, lumpuh aku seminggu macam ni!’ getus hatinya.
        “Maafkan saya. Saya tak sengaja langgar.” Ujar seorang kanak-kanak. Wajahnya redup seolah-olah berada dalam kesusahan. Rayyan yang pada awalnya sedikit bengang dengan perlanggaran tersebut terus tersenyum untuk menyatakan yang dia telah pun memaafkan kanak-kanak tersebut.

       “Mikhail…” panggil satu suara dari arah belakang Rayyan. Kanak-kanak tersebut terus berlari mendapatkan seseorang yang berada di belakangnya. Rayyan pula cuba untuk bangun dari terus terduduk di situ. Lantai tempat beli belah pun dia boleh landing elok punya. Malu je orang tengok.

     “Mama.” Sahut kanak-kanak itu perlahan. Rayyan terus mengalihkan badannya untuk memandang siapakah gerangan yang dipanggil ‘mama’ oleh kanak-kanak tersebut walaupun badannya masih sengal-sengal akibat terjatuh.

        “Masya-Allah…” ujar Rayyan perlahan. Dia kenal wanita itu. Dia masih ingat dengan wajah itu. Dia masih ingat dengan renungan itu. Adakah dia…?

        “Maafkan saya! Anak saya terlanggar awak tadi. Awak tak apa-apa ke?” kata wanita itu yang sedikit resah setelah mendapatkan Rayyan. Rayyan pula hanya menggeleng. Dia cuba untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya kini. Tak mungkin! Wanita itu masih lagi memohon maaf kepadanya walaupun dia telah menerima kemaafan itu.

     “Marsya…” panggil Rayyan perlahan namun masih dapat didengari oleh wanita itu. Kelihatan dahinya sedikit berkerut memandang wajah Rayyan. Dia seakan-akan pernah lihat wajah itu. Tiba-tiba, bibirnya mengukirkan sebuah senyuman. Rayyan terpaku!

        “Abang angkat Lia, kan? Kalau tak silap… Rayyan! Betul tak?” duga wanita itu. Rayyan hanya menjawab dengan anggukan. Dia kelu untuk berkata-kata.



Suasana yang sunyi tadi berubah menjadi tegang. Rayyan tidak tahu macam mana lagi untuk menasihati isterinya. Dia telah mencuba namun semua usahanya hanya sia-sia. Liza tetap juga dengan keputusannya. Langsung tidak mahu memberi peluang terhadap ikatan perkahwinan mereka.

         “Saya nak awak lepaskan saya dari ikatan ni!” ujar Liza tegas. Liza terus mengubah cara percakapannya dengan Rayyan semenjak rumah tangga mereka bermasalah.

      “Apa awak cakap ni Liza. Awak dah habis fikir ke? Cuba bawa mengucap. Jangan bertindak melulu macam ni! Awak sedar tak yang awak sedang dera saya, seksa saya. Awak ingat saya tak ada perasaan ke?” Getar suara Rayyan membalas. Matanya sudah mulai bergenang. Jangan ingat hanya perempuan je tau nangis! Dia pun tau ar. Saat itu dia sudah kehabisan idea untuk memujuk isterinya. Pada saat itu, dia mulai sedar yang Liza benar-benar nekad dengan keputusannya.

      Sudah beberapa bulan dia cuba untuk memujuk Liza namun semuanya seperti sia-sia sahaja. Pujukan serta rayuannya langsung tidak berbekas di hati Liza. Dia sudah berusaha sehabis mungkin sehingga sanggup merendahkan egonya meminta pertolongan Lutfi. Namun, semuanya tidak berhasil. Akhirnya, dia terpaksa mengambil keputusan melepaskan Liza dengan talak satu.



Rayyan…” panggil Marsya sambil mengibar-ngibarkan tangan kanannya di hadapan Rayyan. Panggilan Marsya telah menyebabkan Rayyan sedikit tersentak. ‘Jauh sungguh aku melamun.’ Bisik hatinya pula.

       “Maaflah kalau panggilan saya mengejutkan awak. Saya tak terniat pun.” Sambung Marsha lagi.

     “Tak apa. Saya tak kisah pun.” Ujar Rayyan pula. Marsha memandangnya seketika sebelum mengalihkan pandangan lalu tersenyum. “Kenapa?” Rayyan kaget.

      “Tak ada apa. Awak tak banyak berubah cuma kurus lagi je daripada dulu. Cara awak berfikir pula lain sangat dengan awak yang dulu. Makin matang!” komen Marsha. Rayyan pula ralit memerhatikan riak wajah Marsha. Mereka leka berbual-bual mengenai sejarah masing-masing setelah berpisah dahulu sehingga tidak menyedari masa semakin berlalu.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Love, Live, Learn

No comments:

Post a Comment

Salam Alaykum...
Komen2 ar kat sini...!

Hak Milik Tuan Tanah Cool Supernouva Selamba