Ehem2...
Maaf sesangat sebab dah lama meninggalkan blog ni.
Naik bersawang dah blog aku. Huhuhu...
Dulu... aku memang cadang nak aktif berblogger lepas habis matrik. Tapi...
Yelahkan... Kita cuma manusia biasa. Mampu merancang tapi yang bagi approval utk kejayaan perancangan kita tu hanya ALLAH SWT.
Aku selalu terstuck dengan perasaan sebab tu aku malas nak menulis.
![]() |
| Perasaan... Satu benda yang aku rasa susah untuk deal dengan benda alah ni. |
Hari ni aku nak share tentang TIPS2 bila kita menghadapi peperiksaan.
Bukan kenapa2 pun tapi... saja je nak share. Aku pun baru je lepas final exam akhir bulan April hari tu.
Exam apa? Exam untuk budak2 matrikulasi la. Aku budak PST Kolej Matrikulasi Perlis. ^_^
Nak naikkan sikit saham KMP ni... Hehehe.
TIPS Menghadapi Peperiksaan untuk pelajar2 yang jayyid di luar sana
1 ) Ulangkaji pantas
- buat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait.
Ulasan dari aku... Aku rasa benda ni perlu dan sangat penting especially untuk budak2 matrikulasi. Yang atas2 tu tak tahu la tapi aku rasa macam sama je kepentingan benda alah ni. Ni memang nasihat tulus ikhlas dari aku yang serba-serbi lemah ni sebab aku pernah rasa susah sesangat sebab tak amal benda2 ni sejak masuk matrik. Kalau dah masuk matrik tak amal, tak pernah buat,... masa sekolah jangan haraplah aku rajin sangat nak buat. So... anak2 pelajar sekalian. Jangan ikut sikap ana ni ya...! Anta/Anti nak berjaya kan so buatlah yang terbaik untuk masa depan.
![]() |
| Pastikan semua benda yang anda buat datang dari minat anda sendiri. |
- cari keutamaan subjek.
- baca soalan yang lepas.
Kalau yang ni, InsyaAllah... ada kesan juga kalau buat especially last2 minute. Tak taula orang lain macam mana... Aku study macam ni je dulu sebab aku jenis yang tak bleh study awal2. Huhuhu. Alhamdulillah... masa final hari tu okay skit. X ada stress2 macam sem 1 dulu.
2 ) Mengajar orang lain
- Masa ni... kita akan paksa otak kita yang bergeliga tu untuk berfikir.. dan terus berfikir sehingga dapat jalan penyelesaian. Jadi... Jangan sesekali kedekut ilmu tu! Tak salah kita bantu kawan2. Berat sama dijinjing, ringan sama dipikul! Itu baru namanya kawan sejati...
![]() |
| Belajar sama2... Such a sweet moment, u know!!! |
3 ) Semak jadual
- Jadual exam jangan peram! Bukan boleh buat pekasam pun... Belajar ikut jadual exam tu. Kesan dia... bila kita study macam ni kerana ia memberikan asimilasi situasi dan dapat guna minda pada tempoh2 tertentu.
4 ) Jauhi dari bercinta
- Benda2 macam ni akan kacau emosi. Boleh membuatkan emosi2 anda yang sentiasa cool tu terganggu. Bila bercinta macam2 boleh berlaku... contohnya... anda yang muda belia lagi tu tak pasal2 je jadi pelupa sebelum tiba waktunya. Selain tu, anda mungkin boleh terkhayal mengenangkan kenangan2 silam anda dan si dia waktu tengah jawab exam. So... Jangan terkejut la bila anda sedar je... Anda tulis benda lain dekat kertas jawapan tu.
5 ) Jangan terlalu banyak ketawa dan berseronok
- Ketawa dan keseronokan melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia dalam badan. Perkara ini boleh menyebabkan penyusunan maklumat dalam fikiran terganggu. Tetapi, jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia akan memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.
![]() |
| Nak gelak... Jangan over2! |
6 ) Jaga pemakanan
- Kita hidup atas dunia ni, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Jadi, jangan lupa berdoa dekat pencipta kita agar Allah permudahkan segala urusan kita di dunia ni.














No comments:
Post a Comment
Salam Alaykum...
Komen2 ar kat sini...!