Ha.. Nampak tak gambar dekat atas tu???
Kalau tak nampak tu, no komen la. Usaha bagi nampak juga ye... ^_^
![]() |
| Masjid Biru, Istanbul, Turki. |
Yang tepi ni nampak sangat kata aku suka tengok cerita Istanbul Aku Datang tu kan... Hehehe.
Back to the main topic...
Bila kita berbicara mengenai rumah Allah SWT... mesti semua orang akan fikir yg masjid adalah tempat beribadat utk orang muslim. Tetapi, janganlah sesekali kita lupa bahawa masjid juga pernah menjadi tempat penyebaran dakwah, pusat kegiatan ekonomi dan juga pusat tersebarnya ilmu pengetahuan serta untuk kegiatan2 lain pada zaman dahulu... Okie... Sedikit selingan ringkas dari aku!
Selaku umat islam, kita sepatutnya berfikir macam mana kita nak mengimarahkan masjid kita agar pemuda-pemudi di luar sana tidak lupa bahawa mereka masih punya tanggungjawab terhadap sang pencipta. Ha.. Fikir jangan tak fikir.. Dan usahakan sehingga jadi realiti.
Amalan asas apabila berada di masjid
- Doa masuk masjid
Setelah berselawat atas Nabi saw, bacalah :
"Ya Allah, bukakanlah untukku segala pintu rahmatMU"
Kemudian, tunaikan solat sunat tahiyatul masjid sebanyak 2 rakaat sebagai tanda kita menghormati masjid.
- Doa keluar masjid.
Setelah berselawat kepada Nabi saw, bacalah :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU limpahan kurniaanMU"
- Beriktikaf di dalam masjid
Ertinya, duduk di masjid dalam suatu masa tertentu walaupun sebentar untuk mengerjakan amalan.
Rukun iktikaf :
-Niat
-SAH, iktikaf dalam masjid sahaja. Jangan dok beriktikaf kat pub pula!
-berhenti sekejap @ lama di masjid.
-Islam, berakal dan mestilah suci dari hadas besar.
- Membaca al-quran, mendengar ceramah agama, berzikir dan lain-lain.
Lepas ni, jangan pergi masjid saja2 dah. Dekat masjid pun ada adab2 dia juga. Cer amalkan... Boleh tambah pahala!! Hehe.. Beratkan timbangan mizan dengan kebaikan... All iz well!









No comments:
Post a Comment
Salam Alaykum...
Komen2 ar kat sini...!