Apa2 pun, mula2 sekali nak ucap Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak buat semua. Baru nak ucap sebab awal2 puasa lagi aku dah kena sakit kepala aka migrain.. Faham2 la kalau aku kena penyakit tu. Aku pun surrender... Huhuhu... Ni baru okay sikit la walaupun goyah2 lagi. Kalau tak okay habis sangat tumbang je pun kan... Hahaha.
Ha... Nak dijadikan cerita la kan...
Kelmarin, masa duk landing2 baik punya nak tidur, tiba2 dapat mesej kata dah boleh buat semakan UPU.
Aku dah lama tak online, itu yang guna mesej je... ^_^
Check la aku pun...
Aku dapat UniMAP... RK45... iaitu
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Elektronik Industri)
Bawah Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik
Itu apa yang aku tahu untuk setakat inilah... Tak dapat nak check online. Huhuhu...
Apasal la kat situ juga aku dapat! Bukan apa, aku rasa mana2 orang Perlis pun teringin nak belajar luar dari Perlis so samalah juga dengan aku. Huhuhu... Yelah sejak dari kecik aku kat sini, nak tengok juga dunia luar. Anak jati Perlis sungguhla aku ni.
Masa duk apply UPU pun dah terfikir dah pasal benda ni. Ada kemungkinan... aku memang tak dapat keluar dari Perlis Indera Kayangan ni. Huhuhu.. Nasib badan...
Lepas tu, aku pun roger2 la abang2 dan kakak2 tersayang. See... Baik tak aku???! Hahaha...
Mesyuarat satu family dulu untuk tanya pendapat diorang semua. Mak ayah tak payah roger sebab waktu dapat tau pasal UPU ni, diorang la orang first yang aku bagitau... Mana tak bagitau, siap tunggu belakang aku lagi waktu duk check. +_+
Lepas2 tu, aku pun text la kat my precious tu pula. Kalau nak ikut, was2 la juga nak bagitau.. Tapi, aku bagitau juga. Sebab hari tu asyik duk nyanyi UPU je ke aku. Tapi, tak adalah on the spot... Tambah pula sekarang ni lepas dia kerja dia buka burger stall pula depan rumah so lepas terawih la baru kami mesej2. Ini reaksi2 dia...
Masa mula2 aku bagitau...
'Tahniah3. Doa abg Allah dh makbulkan :-)'Lepas terawih...
Mesej punya mesej, aku dapat tangkap yang dia nak aku jadi cikgu sebenarnya. Hahaha... Malangnya, aku tak ada rezeki dalam bidang tu lagi.
Dan dia pun perasan akan kerunsingan yang melanda aku tu... Dia cakap dia ikut aku jer. Last2... Dia nasihat...
'Ayg redha ye dgn apa yg Allah bg... Jgn rase trkilan atau sebaliknya ye!'Aku pun tak tahu nak kata perasaan aku macam mana sebenarnya tapi insya allah aku terima takdir hidup aku ni.
"redha itu pasrah
pasrah itu menyerah"
Semoga aku menjadi orang yang sabar dan tak pernah membelakangkan Allah SWT! Ameen...










No comments:
Post a Comment
Salam Alaykum...
Komen2 ar kat sini...!